Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456088
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zuliskandar Ramli, Prof Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Muhammad Termizi Hasni (P64548) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-11T07:35:30Z | - |
dc.date.available | 2023-09-11T07:35:30Z | - |
dc.date.issued | 2017-02-05 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84135 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456088 | - |
dc.description | Kajian ini dijalankan untuk melihat tapak hunian masyarakat yang menghuni di sepanjang Lembangan Sungai Muda dari zaman prasejarah hingga ke zaman protosejarah yang difikirkan penting untuk dikaji kerana masih lagi kurang para pengkaji arkeologi melihat tapak hunian di sepanjang Lembangan Sungai Muda sebagai sebuah subjek penting bagi mendapatkan analisis pergerakan dan hubungan sesama manusia dari kawasan pedalaman hingga ke kawasan pesisir pantai. Kaedah penyelidikan menggunakan pendekatan teori fenomenologi yang mana tafsiran dibuat berdasarkan jumpaan artifak sewaktu proses pemerhatian dan eksplorasi serta temubual. Jumpaan pecahan seramik T'ang di bahagian permukaan Tapak Permatang Pasir menunjukkan kawasan ini telah membangun bersama dengan entrepot di Sungai Mas. Kawasan Tapak Permatang Pasir telah menerima kehadiran pedagang dari China sejak abad ke-7 lagi dan ini menolak pendapat tapak ini muncul sekitar abad ke-10 seperti yang dinyatakan oleh beberapa pengkaji sebelum ini. Kajian ini juga menumpukan beberapa tapak hunian prasejarah sehingga ke kawasan pedalaman lembangan Sungai Muda. Selain tapak hunian prasejarah di Guar Kepah terdapat juga tapak prasejarah di Lembangan Sungai Muda yang terletak di kawasan pedalaman. Jumpaan alat batu sumatralith dan juga batu pabel untuk kegunaan masyarakat pada waktu itu ditemui banyak di kawasan gua di pergunungan Baling malah terdapat juga serpihan porselin di gua tersebut. Jumpaan serpihan porselin memberi satu anggapan bahawa terdapat barangan dari pesisir dibawa ke pedalaman sekitar abad ke-11 Masihi. Hasil dari pemerhatian yang dilakukan serta analisis setiap tapak hunian di sepanjang Lembangan Sungai Muda memberi tafsiran terkini bahawa Lembangan Sungai Muda telah memainkan peranan penting bagi membentuk sebuah organisasi masyarakat yang saling berinteraksi dan mempunyai hubungan dagangan di antara masyarakat pesisir dan masyarakat pedalaman. Penemuan-penemuan ini juga membuktikan bahawa kewujudan entrepot yang pertama telah berlaku di Lembangan Sungai Muda iaitu di kawasan Sungai Mas serta masyarakat tempatan (local genius) yang membangunkan Kedah Tua.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Masyarakat prasejarah | |
dc.subject | Protosejarah | |
dc.subject | Tapak hunian | |
dc.subject | Lembangan Sungai Muda | |
dc.subject | Kedah Tua | |
dc.subject | Analisis artifak | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Tapak hunian masyarakat prasejarah dan protosejarah di sepanjang Lembangan Sungai Muda | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 187 | |
dc.identifier.barcode | 002483(2016) | |
Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84135+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 207.55 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.