Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456086
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKadaruddin Ayob, Prof Madya Dr.-
dc.contributor.authorNur Ain Kamal (P52069)-
dc.date.accessioned2023-09-11T07:35:30Z-
dc.date.available2023-09-11T07:35:30Z-
dc.date.issued2016-10-18-
dc.identifier.otherukmvital:82984-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456086-
dc.descriptionEkosistem bandar merupakan suatu ekosistem yang unik serta berkembang mengikut ruang dan masa sebagai hasil interaksi di antara proses sosio-ekonomi dan proses biofizikal. Proses pembandaran yang telah dicorakkan ini bukan sahaja memberi kesan kepada perubahan persekitaran fizikal namun turut memberi kesan kepada atmosfera bandar itu sendiri. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti proses pembandaran dan menilai corak pulau haba bandar di Bandar Seremban. Kajian ini melibatkan dua data utama iaitu data primer melalui kajian lapangan dan data sekunder daripada Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Kaedah rentasan suhu di lapangan dilakukan menggunakan kenderaan bermotor yang melibatkan enam puluh tiga buah stesen pencerapan meliputi kawasan pusat bandar, pinggir bandar dan kawasan luar bandar. Cerapan data dilakukan selama dua hari pada dua waktu yang berlainan iaitu pada jam 13:00 ' 14:00 dan 21:00-22:00 Waktu Tempatan. Data ini dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For Social Sciences (SPSS), Microsoft Window Excel dan perisian Geographic Information Systems (GIS). Hasil kajian mendapati fenomena PHB tidak lagi tertumpu di kawasan pusat bandar tetapi juga menghala ke kawasan pinggir bandar yang menerima limpahan pembangunan. Pulau haba juga dikesan di kedua-dua hari tetapi dengan jumlah intensiti yang berbeza. Intensiti pulau haba pada waktu siang di dapati lebih tinggi pada hari bekerja iaitu 6.4°C. Manakala hari hujung minggu mencatatkan nilai intensiti yang tinggi pada waktu malam iaitu 5.3°C. Faktor antropogenik dilihat penyumbang utama kepada keadaan ini. Keseluruhannya, aktiviti pembandaran di Seremban telah mendorong berlakunya fenomena pulau haba bandar ini. Adalah juga disarankan langkah-langkah pemuliharaan kawasan hijau terutama di Taman Tasek Seremban di ambil kira kerana kawasan ini dapat mengurangkan suhu di bandar Seremban.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPerubahan iklim-
dc.subjectPembandaran-
dc.subjectPulau haba-
dc.subjectUrban climatology-
dc.titlePengaruh pembandaran terhadap pembentukan pulau haba bandar di Seremban-
dc.typetheses-
dc.format.pages113-
dc.identifier.callnoQC981.7.U7N87 2016 tesis-
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82984+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
253.26 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.