Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/445232
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Isa Hamzah, Dr. | - |
dc.contributor.advisor | Ab Halim Tamuri, Prof. Dato' Dr. | - |
dc.contributor.author | Sapie Sabilan (P90358) | - |
dc.date.accessioned | 2023-08-25T03:50:48Z | - |
dc.date.available | 2023-08-25T03:50:48Z | - |
dc.date.issued | 2023-05-10 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/445232 | - |
dc.description.abstract | Program latihan guru yang dilaksanakan kepada para guru memberi peluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, sikap dan kompetensinya dalam profesion perguruan. Usaha yang sama ini juga turut dilaksanakan oleh pihak JAIS bagi menjamin aspek kualiti pengajaran, perkhidmatan dan kompetensi guru berada pada tahap yang baik. Sehubungan itu, pihak JAIS telah menggunakan sistem pendidikan yang baharu iaitu Integrated Holistic Education System (IHES) atau Sistem Pendidikan Integrasi dan Holistik kepada guru-gurunya. Namun demikian, terdapat isu kekurangan program latihan yang disertai oleh guru-guru sepanjang perkhidmatannya. Justeru itu, menjadi satu keperluan untuk menilai program latihan guru yang dilaksanakan mencapai objektifnya. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang melihat tahap, perbezaan dan sumbangan program latihan guru yang dilaksanakan oleh pihak JAIS berkaitan pengajaran berasaskan IHES kepada gurugurunya. Seramai 610 orang guru-guru SRA JAIS dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kaedah pemilihan sampel kajian ini dilakukan secara rawak berstrata mengikut nisbah perkadaran berdasarkan jumlah guru di setiap daerah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai data utama dan diperkayakan lagi dengan dapatan kualitatif melalui temu bual melibatkan dua orang pentadbir dan empat orang guru sebagai informan. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman guru-guru SRA JAIS tentang konsep pendidikan integrasi, sistem pendidikan dan proses pendidikan IHES, tahap pembelajaran, tingkah laku dan prestasi guru berada pada tahap yang tinggi kecuali pada konstruk reaksi dan tahap kemahiran guru yang berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis MANOVA mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pemboleh ubah berdasarkan tahap pendidikan, status perjawatan, gred jawatan, jenis sekolah dan daerah. Melalui analisis regresi, terdapat sumbangan yang signifikan di antara pemboleh ubah reaksi, pembelajaran, tingkah laku dan prestasi dalam pelaksanaan program latihan guru. Implikasi kajian ini menjelaskan tentang peranan dan tanggungjawab guru sebagai mu’allim, muaddib, mudarrib, muwajjih dan mursyid dalam proses pendidikan. Pihak JAIS perlu meneliti keperluan guru-guru dalam program latihan dan pelaksanaan program latihan yang mengutamakan impak. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat item-item dalam program latihan guru yang perlu dikekalkan dan ditambahbaik dari semasa ke semasa oleh pihak JAIS. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Teachers -- Training of | en_US |
dc.subject | Teacher orientation | en_US |
dc.title | Penilaian program latihan guru berasaskan sistem pendidikan integrasi dan holistik (IHES) | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 466 | en_US |
dc.identifier.callno | LB1707.S237 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007106 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Penilaian program latihan guru berasaskan sistem pendidikan intergrasi dan holistik (IHES).pdf Restricted Access | partial | 970.82 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.