Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/445216
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAidah Abd Karim, Dr.-
dc.contributor.advisorHazrati Husnin, Dr.-
dc.contributor.authorMohd Ridzuan Padzil (P101248)-
dc.date.accessioned2023-08-25T03:49:57Z-
dc.date.available2023-08-25T03:49:57Z-
dc.date.issued2023-06-10-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/445216-
dc.description.abstractPengetahuan, kemahiran serta Pemikiran Reka Bentuk merupakan salah satu faktor yang dikenalpasti dapat membantu pelajar menguasai kemahiran berfikir aras tinggi dan kreatif dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Namun begitu, didapati pengetahuan, kemahiran serta penerapan Pemikiran Reka Bentuk dalam kalangan pelajar RBT masih di tahap yang rendah. Kajian ini bertujuan membangun serta menilai modul DT4RBT kelas berbalik dan berasaskan projek bagi menerapkan Pemikiran Reka Bentuk serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam proses reka bentuk pelajar tingkatan 1. Pendekatan Reka Bentuk Pembangunan (PRP) digunakan di mana fasa pertama kajian iaitu analisis keperluan menggunakan kaedah temu bual dan borang soal selidik terhadap 4 orang guru serta 335 orang pelajar RBT bagi menilai tahap pengetahuan, kemahiran proses reka bentuk dan keperluan modul bagi menerapkan Pemikiran Reka Bentuk. Dapatan kajian mendapati pelajar lemah dalam pengetahuan dan kemahiran proses reka bentuk serta terdapatnya keperluan membangunkan modul pengajaran bagi menerapkan Pemikiran Reka Bentuk. Seterusnya dalam fasa reka bentuk dan pembangunan, sorotan literatur dan Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) digunakan terhadap 18 orang pakar pelbagai bidang pendidikan. Adaptasi teori pembelajaran, model pengajaran serta pendekatan pembelajaran yang disepakati pakar dijadikan panduan dalam pembangunan modul DT4RBT. Pada fasa terakhir iaitu penilaian, ujian pra pasca, pemerhatian dan edaran borang soal selidik digunakan bagi menilai strategi pengajaran guru menerapkan Pemikiran Reka Bentuk, tahap pengetahuan dan kemahiran proses reka bentuk. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pengetahuan dan kemahiran proses reka bentuk pelajar di antara kumpulan DT4RBT dan konvensional. Selain itu, aktiviti penerapan Pemikiran Reka Bentuk dalam modul turut memberikan pelajar pengalaman bekerjasama, empati dan mencipta idea serta keyakinan diri untuk menyelesaikan masalah. Pembangunan modul ini akan membantu meningkatkan amalan pengajaran serta memberi garis panduan kepada guru bagi menerapkan Pemikiran Reka Bentuk selain dijadikan rujukan kepada pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam proses reka bentuk.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectDesign and technologyen_US
dc.subjectInstructional systemsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan dan penilaian modul dt4rbt bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan penerapan pemikiran reka bentuk pelajar reka bentuk dan teknologi (RBT) tingkatan 1en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages462en_US
dc.identifier.callnoNK1520.M634 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007105en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.