Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/445195
Title: Peranan school improvement partner (SIPARTNER+) dan amalan kepimpinan transformasional dalam proses coaching di pejabat pendidikan daerah (PPD) di Malaysia
Authors: Hazura Abdul Rahim (P80397)
Supervisor: Mohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
School improvement programs
Transformational leadership
Issue Date: 3-Jun-2023
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan pegawai School Improvement Partner (SIPartner+) dan amalan kepimpinan transformasional dalam proses coaching yang dilaksanakan kepada pemimpin sekolah. Kajian ini menggunakan reka bentuk gabungan penjelasan (sequential explanatory design) dan teknik pensampelan rawak mudah digunakan bagi menentukan responden kajian. Seramai 117 orang SIPartner+ menjadi responden dari 123 PPD seluruh Malaysia terlibat dalam kajian kuantitatif. Kajian kualitatif pula melibatkan seramai lima orang peserta temu bual. Hasil analisis deskriptif menunjukkan tahap peranan SIPartner+ sebagai pemimpin, pembimbing dan pelapor berada pada tahap tinggi dengan skor min 4.29 dan 4.61. Manakala, amalan kepimpinan transformasional SIPartner+ berada pada tahap yang tinggi (min = 4.66). Dapatan kajian juga menunjukkan tahap perlaksanaan proses coaching SIPartner+ bersama pemimpin juga berada pada tahap tinggi dengan skor min 4.40 dan 4.61. Seterusnya, ujian MANOVA menunjukkan perbezaan yang signifikan tahap peranan SIPartner+ berdasarkan lokasi, tahap akademik dan pengalaman pentadbiran SIPartner+. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor amalan kepimpinan transformasional berdasarkan lokasi, tahap akademik dan pengalaman pentadbiran SIPartner+. Analisis ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif sederhana antara peranan SIPartner+ dengan amalan kepimpinan transformasional (r = 0.693). Seterusnya, hubungan antara peranan SIPartner+ dengan proses coaching juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan positif yang sederhana (r = 0.654). Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan signifikan yang positif tinggi antara amalan kepimpinan transformasional dengan proses coaching (r = 0.802). Analisis regresi mendapati tiga elemen amalan kepimpinan transformasional dan satu elemen peranan SIPartner+ yang menyumbang kepada proses coaching iaitu pertimbangan individu, rangsangan intelektual, dan motivasi inspirasi (65.3%) dan pelapor (2.1%). Data temu bual yang dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti menunjukkan SIPartner+ dapat memainkan peranan dengan cemerlang sebagai pemimpin, pembimbing dan pelapor. Implikasi kajian ini memberi nilai tambah terhadap peranan SIPartner+, amalan kepimpinan transformasional dan proses coaching kepada pemimpin sekolah. Kesimpulannya, SIPartner+ dapat memainkan peranan dengan cemerlang, mengamalkan amalan kepimpinan transformasional dalam melaksanakan proses coaching kepada pemimpin sekolah.
Pages: 474
Call Number: LB2822.8.H339 2023 tesis
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.