Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437538
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Kamsuriah Ahmad, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Faizal Abu Kassim, P82836 | - |
dc.date.accessioned | 2023-08-23T08:34:35Z | - |
dc.date.available | 2023-08-23T08:34:35Z | - |
dc.date.issued | 2021-05-03 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437538 | - |
dc.description | Full-text | en_US |
dc.description.abstract | Pelan Strategik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PSTMK) dibangunkan khususnya dalam organisasi sektor awam bertujuan untuk memastikan inisiatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang dirancang sejajar dengan visi dan matlamat strategik perniagaan organisasi. Pembangunan PSTMK yang berkesan dan berkualiti menjadi matlamat utama setiap organisasi. Namun isu dan cabaran utama yang dihadapi dalam pembangunan PSTMK adalah semasa fasa terawal iaitu fasa analisis. Fasa analisis merangkumi analisis persekitaran perniagaan semasa organisasi yang perlu diperoleh daripada sumber maklumat perniagaan yang jelas dan betul. Ketidakjelasan keperluan dalam analisis persekitaran perniagaan ini telah memberi kesan kepada pelaksanaan inisiatif TMK yang dirancang dalam PSTMK kerana tiada penjajaran strategik antara perniagaan dan TMK. Ketidakjelasan keperluan ini berlaku akibat kesilapan memahami dan menterjemah dengan jelas persekitaran semasa perniagaan organisasi seperti struktur, dasar dan hala tuju organisasi. Ia juga diakibatkan oleh kurang kefahaman tentang bagaimana TMK berupaya membantu mencapai objektif strategik organisasi. Sehubungan itu, kajian dilaksana bagi mengenal pasti penyelesaian bagi isu ketidakjelasan keperluan dalam analisis persekitaran perniagaan. Kajian ini membangunkan satu model berdasarkan penggunaan pendekatan seni bina perniagaan semasa fasa analisis. Ini memandangkan pendekatan seni bina perniagaan merupakan penyelesaian ideal kepada interpretasi maklumat perniagaan sebagai rangka kerja pengurusan strategik untuk membantu mengurus dan menjajar strategi perniagaan dan TMK. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan analisis pandangan pakar dan analisis dokumen untuk mengenal pasti elemen yang bersesuaian diadaptasi dalam pembangunan model yang dicadangkan. Pengesahan model dijalankan melalui analisis pandangan pakar, manakala pengujian model dilakukan melalui kaedah Skor SUS. Hasil kajian ini membangunkan Model Analisis Persekitaran Perniagaan (MAPP) yang mengguna pakai pendekatan seni bina perniagaan sebagai penyelesaian isu ketidakjelasan keperluan dalam analisis persekitaran perniagaan. Model ini mengadaptasi elemen dalam seni bina perniagaan yang dikelaskan mengikut lapisan pengurusan perancangan strategik iaitu strategik, taktikal dan operasi. Secara kesimpulan, model ini diharap menjadi panduan kepada organisasi dalam melaksanakan analisis persekitaran semasa perniagaan dengan berkesan dalam pembangunan PSTMK bagi memastikan kejayaan pelaksanaan pelan berkenaan di organisasi. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Information technology -- Management | en_US |
dc.subject | Strategic planning | en_US |
dc.title | Model analisis persekitaran perniagaan dalam pembangunan pelan strategik teknologi maklumat dan komunikasi | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 135 | en_US |
dc.identifier.barcode | 005937(2021)(PL2) | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Sains Maklumat | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Model analisis persekitaran perniagaan dalam pembangunan pelan strategik teknologi maklumat dan komunikasi.pdf Restricted Access | Full-text | 2.22 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.