Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437531
Title: Prestasi pelaksanaan dasar tenaga boleh baharu di Malaysia menggunakan kaedah analisis penyampulan data
Authors: Fairuz Suzana Mohd Chachuli, P91330
Supervisor: Norasikin Ahmad Ludin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Renewable energy sources
Issue Date: 4-Feb-2022
Abstract: Malaysia menuju ke arah peralihan tenaga dari sistem pengeluaran dan penggunaan tenaga berasaskan fosil kepada sumber tenaga rendah karbon, terutamanya tenaga boleh baharu (TBB). Kerajaan Malaysia telah merangka dan melaksanakan pelbagai instrumen dasar untuk menggalakkan pembangunan TBB di dalam penjanaan elektrik. Walau bagaimanapun, kejayaan pelaksanaan instrumen dasar ini bergantung kepada pencapaian objektifnya, terutamanya kemampuan untuk meningkatkan lagi pembangunan TBB di negara ini. Penilaian keberkesanan ini sangat penting untuk meningkatkan lagi pelaksanaan instrumen dasar TBB semasa. Sehubungan itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan dan peralihan instrumen dasar TBB, serta untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi kecekapan pembangunan TBB di Malaysia. Dalam kajian ini, satu model penilaian yang komprehensif telah dibangunkan dengan menggabungkan kaedah analisis penyampulan data (DEA), analisis indeks Malmquist dan ujian regresi Tobit. Model kajian ini menggunakan tiga input, iaitu jumlah tenaga kerja, penggunaan elektrik dan kapasiti terpasang TBB, serta dua output iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan penjanaan TBB dengan menggunakan 13 negeri di Malaysia sebagai Unit Pembuat Keputusan (DMU) untuk tempoh dari 2010 hingga 2017. Kajian ini mendedahkan bahawa peralihan instrumen dasar TBB telah berjaya meningkatkan pembangunan TBB di Malaysia, melalui peningkatan bilangan negeri yang terlibat, syer TBB dalam campuran tenaga negara, kecekapan dan pertumbuhan produktiviti TBB di Malaysia. Kajian juga mendapati bahawa pelaksanaan program dasar integrasi lebih berkesan berbanding program dasar tunggal dalam meningkatkan kecekapan dan pertumbuhan TBB di Malaysia. Kajian juga menunjukkan bahawa kadar pertumbuhan penduduk, harga elektrik, jumlah bekalan tenaga primer dan pembebasan gas karbon dioksida merupakan faktor utama yang mempengaruhi kecekapan pembangunan TBB di Malaysia. Manakala harga bahan api fosil dan KDNK per kapita tidak mempunyai kesan yang signifikan. Kajian ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan dan memberi sumbangan yang bermakna dalam pengukuran prestasi pelaksanaan instrumen dasar TBB. Kajian ini turut menyediakan bukti empirikal berkaitan pengukuran keberkesanan peralihan suatu instrumen dasar dalam menyokong pembangunan TBB di Malaysia. Seterusnya, kajian ini mencadangkan kepada pembuat dasar bagi menambah baik pelaksanaan instrumen dasar sedia ada dan menggubal dasar dan strategi baharu yang lebih komprehensif khususnya program berkaitan pembangunan TBB di Malaysia
Description: Full-text
Pages: 227 p.
Call Number: etesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Solar Energy Research Institute / Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
P91330_FAIRUZ SUZANA.pdf
  Restricted Access
Fullpage1.7 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.