Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437515
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHaziyah Hussin, Prof, Madya Dr.-
dc.contributor.authorFarah Hamizah Samsuddin (P78704)-
dc.date.accessioned2023-08-23T01:15:47Z-
dc.date.available2023-08-23T01:15:47Z-
dc.date.issued2023-01-21-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437515-
dc.description.abstractFenomena anak jalanan di bandar-bandar besar merupakan satu isu global. Golongan ini berhadapan dengan isu kemiskinan, konflik keluarga dan keciciran dalam pendidikan. Mereka turut hidup dalam persekitaran yang terdedah dengan pelbagai gejala sosial. Dalam hal ini, pendidikan spiritual sama ada secara formal atau tidak formal sangat signifikan bagi membina benteng keagamaan dan memupuk semangat dalaman untuk mereka menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Penubuhan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) bertujuan memberi akses pendidikan formal kepada anak jalanan. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan SBJK dalam pendidikan spiritual, mengkaji amalan pengajaran bagi pendidikan spiritual yang diterima oleh murid serta meneroka penerimaan pendidikan spiritual dalam kalangan murid berdasarkan kepada pengamatan guru. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Data dikumpul melalui temu bual dan analisis dokumen. Informan kajian terdiri adalah enam orang guru yang terdiri daripada pihak pengurusan sekolah, guru mata pelajaran Pendidikan Islam dan Kelas Fardu Ain dan al-Quran (KAFA). Data temu bual ditranskripsi dan dianalisis secara deskriptif mengikut tema serta disokong data daripada analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan warga SBJK memainkan peranan mereka dalam menerapkan pendidikan spiritual kepada murid di dalam dan di luar bilik darjah. Guru-guru sentiasa berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian pendidikan spiritual. Kajian ini memberi implikasi terhadap sumbangan semua pihak khususnya guru-guru terhadap pendidikan spiritual di SBJK. Sektor pendidikan dan pertubuhan sosial juga disarankan agar memperkasakan pendidikan ini sebagai langkah intervensi dalam mengatasi permasalahan anak jalanan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectKanak-kanak jalananen_US
dc.subjectPendidikan agama Islamen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleAmalan pengajaran pendidikan spiritual anak jalanan di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpuren_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages148en_US
dc.identifier.barcode007052en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Amalan pengajaran pendidikan spiriturual anak jalanan di sekolah bimbingan jalinan kasih Kuala Lumpur.pdf
  Restricted Access
Full-text1.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.