Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/416458
Title: Kaedah penterjemahan istilah fiqh dalam kitab al-Fiqh al-manhaji
Authors: Aini Ziyana Azri (P93710)
Supervisor: Maheram Ahmad, Dr.
Keywords: Shafiites
Islamic law
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Dec-2022
Abstract: Kesukaran mencari istilah yang sepadan dalam bahasa sasaran menjadi kekangan utama kepada para penterjemah teks agama, terutamanya ketika menterjemahkan teks-teks yang berkaitan dengan bidang fiqh dan hadith. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh penterjemah ketika menterjemah berdasarkan pandangan sarjana. Kajian ini juga menganalisis kaedah penterjemahan istilah fiqh yang digunakan oleh penterjemah dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji di samping menyemak ketepatan terjemahan istilah tersebut berpandukan kepada Kamus Istilah Fiqih. Dua buah buku utama yang dijadikan rujukan ialah kitab al-Fiqh alManhaji dan Kamus Istilah Fiqih. Kajian ini menggunakan reka bentuk analisis kandungan yang bersifat kualitatif. Kesemua 26 sampel yang dipilih dianalisis menggunakan kaedah penterjemahan istilah berlandaskan teori penciptaan istilah oleh Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia dan kaedah terjemahan dinamik oleh Eugene A. Nida. Kajian mendapati bahawa, 21 sampel telah diterjemah menggunakan kaedah pinjaman langsung manakala 5 sampel lagi masing-masing diterjemahkan dengan kaedah penggantian, kaedah pinjaman separa, kaedah pinjaman ubah suai dan kaedah pinjam terjemah. Hasil semakan bagi padanan kesemua istilah tersebut adalah tepat dan betul. Melalui kajian ini, pembaca dapat melihat bagaimana istilah-istilah fiqh dalam laras bahasa agama diterjemahkan dan penggunaan kaedah terjemahan dan pemilihan padanan istilah yang tepat dapat meningkatkan kualiti terjemahan. Penggunaan kaedah dan pemilihan padanan istilah yang tepat dapat mempengaruhi kualiti terjemahan kitab yang dihasilkan.
Pages: 103
Call Number: BP158.T66.A386 2022 tesis
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kaedah penterjemahan istilah fiqh dalam kitab al-Fiqh al-manhaji.pdf
  Restricted Access
Full-text1.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.