Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407887
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShahidi A. Hamid, Prof. Madya. Dr.-
dc.contributor.advisorRahim Aman, Prof.-
dc.contributor.authorSiti Hajar Mohammed (P79839)-
dc.date.accessioned2023-07-17T03:35:56Z-
dc.date.available2023-07-17T03:35:56Z-
dc.date.issued2023-01-31-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407887-
dc.description.abstractKajian ini adalah berfokus kepada usaha rekonstruksi dan klasifikasi bahasa di kepulauan Borneo. Asas permasalahan dalam kajian ini adalah untuk melakukan rekonstruksi sebuah bahasa yang diandaikan wujud di bahagian Miri yang terletak dibahagian utara negeri Sarawak yang digelar Bahasa Miriek Purba (BMkP). Ia bertujuan untuk memulihara bahasa tersebut dengan cara membina semula atau merekontruksi bentuk bahasa induknya. Kajian ini menggunakan kerangka teori di bawah linguistik sejarawi dengan menggunakan pendekatan kaedah perbandingan kualitatif. Objektif kajian ini ialah mendeskripsikan sistem fonologi, merekonstruksi fonem dan leksikal serta mengklasifikasikan varian Miriek (VM). Metodologi kajian merangkumi kajian lapangan dengan memanfaatkan teknik temu bual berstruktur dan tidak berstruktur, pemerhatian ikut serta, catatan, gambar serta alat perakaman dengan memanfaatkan senarai daftar kata. Informan adalah penutur lelaki berusia 45 tahun ke atas dan merupakan penutur natif yang mewakili lima VM yang menjadi dasar kepada perbandingan ini iaitu varian Bakam (BKM), Dalek (DLK), Bakong (BKG), Narom (NRM) dan Kiput (KPT). Hasil kajian membuktikan bahawa BMkP yang direkonstruksi ini mempunyai 18 buah fonem konsonan purba, iaitu tujuh buah konsonan letupan *b, *d, *g, *p, *t, *k dan *?, satu konsonan letusan *d3, tiga konsonan geseran *s, *y dan *h, empat konsonan sengauan *m,n*n*n*dan *1, satu konsonan sisian *1 dan dua konsonan separuh vokal iaitu *w dan *j. BMkP juga memiliki 5 fonem vokal (*w, *j, *i*,u*o*e*anda*) serta 5 buah diftong (*aw,vw*aj*uj,*oj* and*oj). Kajian ini menyerlahkan bahawa wujud 30 jenis inovasi fonologi dan 16 inovasi leksikal. Seterusnya, kaedah klasifikasi dapat mengesan hubungan jauh dekatnya keakraban antara VM yang boleh digambarkan melalui rajah pohon. Kajian ini membuka jalan ke arah memperkaya korpus peristilahan (data mentah) serta konteks pendokumentasian variasi bahasa Miriek di kepulauan Borneo. Ia merupakan satu usaha menyerlahkan data bahasa minoriti yang terdedah kepada unsur ancaman kepupusan bahasa.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectSarawak Malay dialecten_US
dc.subjectMalay languageen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleRekonstruksi dan klasifikasi Bahasa Miriek Purba (BMkP)en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages308en_US
dc.identifier.callnoPL5128.S27.S568 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007042en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Rekonstruksi dan klasifikasi Bahasa Miriek Purba (BMkP).pdf
  Restricted Access
Full-text5.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.