Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407838
Title: | Melayu sebagai masyarakat maritim berdasarkan puisi melayu tradisional |
Authors: | Liliy Salwani Razali (P66679) |
Supervisor: | Shaiful Bahri Md. Radzi, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Malays (Asian people) Malay poetry Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 29-Aug-2022 |
Abstract: | Karya-karya Melayu tradisional yang berbentuk puisi lisan cenderung menggambarkan motif maritim dalam penciptaan setiap genre. Kajian ini cuba mengangkat masyarakat Melayu sebagai masyarakat maritim bersumberkan puisi lisan. Kajian ini adalah kajian kualitatif menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan menggunakan instrument analisis seperti teknik bacaan rapi dan analisis kandungan. Data kajian melibatkan teks Kurik Kundi Merah Saga (2002), Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (1975), Ulik Mayang: Kumpulan Mantera Melayu (2004), Anjung Teromba (2007), Kitab Gemala Hikmat (1960), Teka-teki Warisan (1988), Hikayat Malim Deman (1970), Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1985), Raja Donan (1965) dan Himpunan Puisi Klasik (1989). Selain itu, perincian unsur maritim dibina bagi mengenal pasti motif maritim dalam puisi lisan Melayu yang dikategorikan kepada lima ciri iaitu bentuk muka bumi, fenomena alam, flora dan fauna, pengangkutan dan aktiviti kehidupan khususnya sosioekonomi. Pendekatan Psikodinamika Kelisanan membuktikan bahawa puisi lisan ini adalah bentuk sastera terawal yang dicipta ketika bangsa Melayu maritim berada di tahap primitif berdasarkan unsur-unsur kelisanan yang terdapat di dalamnya seperti unsur perulangan, tradisional, keterlibatan bersama, berlawanan dan persekitaran. Berdasarkan unsur maritim yang perincikan, hasil kajian mendapati bahawa warga Melayu sangat erat dengan dunia maritim. Hal ini dapat dilihat berdasarkan motif maritim dalam puisi lisan yang merakamkan pelbagai bentuk muka bumi persisiran; fenomena alam; flora dan fauna; aktiviti kehidupan; dan pengangkutan air yang digunakan. Setiap motif maritim ini merupakan rakaman masyarakat ke atas alam dan aktiviti kehidupan mereka di persisiran laut di Nusantara. Laut membawa perubahan kepada kehidupan orang Melayu sehingga melahirkan empayar besar Melayu maritim seperti Srivijaya, Melaka, Acheh dan Johor-Riau khususnya menerusi aktiviti perdagangan maritim seperti yang terakam dalam puisi lisan. Sesungguhnya kajian ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu adalah masyarakat maritim berdasarkan puisi lisan. |
Notes: | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 424 |
Call Number: | DS523.4.M35.L535 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Melayu sebagai masyarakat maritim berdasarkan puisi melayu tradisional.pdf Restricted Access | Full-text | 2.51 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.