Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407739
Title: Amalan kepimpinan responsif budaya guru besar dan iklim instruksional di daerah Gombak, Selangor
Authors: Mohd Amin Soleh Abdul Kadir (P107563)
Supervisor: Azlin Norhaini Mansor, Mohamed Yusoff Mohd Nor, Prof,Madya, Dr. Prof,Madya Dr.
Keywords: School principals
Leadership
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Dec-2022
Abstract: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 menekankan kepentingan usaha berterusan ke arah mewujudkan persekitaran sekolah yang menyokong pelaksanaan instruksional yang berkesan bagi meningkatkan keberhasilan murid. Dalam hal ini, guru besar selaku pemimpin sekolah perlu mengamalkan gaya kepimpinan yang bukan sahaja cakna dan positif, tetapi juga responsif terhadap kepelbagaian budaya, latar belakang dan keupayaan yang wujud dalam kalangan guru dan murid. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan hubungan amalan kepimpinan responsif budaya (KRB) guru besar dan iklim instruksional sekolah di daerah Gombak, Selangor. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan (survey) dengan pendekatan kuantitatif menggunakan soal selidik secara dalam talian. Sampel kajian adalah seramai 379 orang guru sekolah rendah di daerah Gombak, Selangor yang dipilih secara persampelan rawak. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan KRB guru besar adalah tinggi (M=4.072), begitu juga dengan iklim instruksional sekolah di daerah Gombak, Selangor pada tahap tinggi (M=4.206). Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan amalan KRB guru besar dan iklim instruksional sekolah mengikut jenis dan saiz sekolah. Analisis ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat antara amalan KRB guru besar dengan iklim instruksional sekolah (r=0.698, p<0.05). Dapatan kajian dapat menjadi rujukan empirikal kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menambah baik sukatan pembelajaran program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) dan memperkayakan literatur berkaitan amalan KRB pemimpin sekolah dan iklim instruksional sekolah. Kesimpulannya, pemimpin sekolah hendaklah mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai seperti KRB yang mengambil kira kepelbagaian yang wujud di sekolah bagi menggalakkan aktiviti instruksional dilaksanakan khususnya dalam konteks Malaysia sekaligus meningkatkan keberhasilan murid.
Notes: Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 176
Call Number: LB2831.9.M634 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407739
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Amalan kepimpinan responsif budaya guru besar dan iklim instruksional di daerah Gombak, Selangor.pdf
  Restricted Access
Full-text2.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.