Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407709
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamed Yusoff Mohd Nor, Dr.-
dc.contributor.authorRaziah Tukiman (P108243)-
dc.date.accessioned2023-07-17T03:28:31Z-
dc.date.available2023-07-17T03:28:31Z-
dc.date.issued2023-01-10-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407709-
dc.description.abstractKepimpinan Distributif Pengetua penting untuk meningkatkan keupayaan guru dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) melalui pengupayaan autonomi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh kepimpinan distributif pengetua terhadap autonomi guru dalam pengajaran dan pemudahcaraan di Sekolah Amanah, Selangor. Objektif kajian pula adalah untuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan distributif pengetua sekolah, tahap autonomi guru, hubungan antara kepimpinan distributif pengetua dengan autonomi guru dan pengaruh kepimpinan distributif pengetua terhadap autonomi guru Sekolah Amanah di Selangor. Kaedah kuantitatif digunakan untuk mendapatkan keputusan berkenaan kajian ini. Seramai 234 orang guru telah dipilih sebagai sampel daripada enam buah sekolah Amanah di Selangor menggunakan persampelan rawak berkelompok. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data bagi kajian ini iaitu responden perlu menjawab soal selidik menggunakan skala likert lima mata. Pengkaji mengadaptasi soal selidik daripada Distributed Leadership Readiness Scale (DLRS) yang dibangunkan oleh Elmore (2000) seterusnya diubahsuai oleh Gordon (2006) dan soal selidik Teacher Autonomy Scale (TAS) yang telah dibangunkan oleh Pearson dan Hall (1993) dan dimurnikan oleh Pearson dan Moomaw (2005). Kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS versi 26.0. Kajian ini mendapati tahap amalan kepimpinan distributif pengetua sekolah Amanah di Selangor secara keseluruhan berada pada tahap tinggi dengan (M =4.21, SP =0.53). Manakala tahap autonomi guru berada pada tahap tinggi juga dengan (M =4.07, SP =0.55). Selain itu, analisis Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan pada tahap kuat (r = 0.615, p < 0.01) antara kepimpinan distributif pengetua dengan autonomi guru Sekolah Amanah di Selangor. Seterusnya, kajian ini menunjukkan bahawa kepimpinan distributif mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap autonomi guru (Beta, ß=0.401; p<0.05. Kesimpulannya, melalui kajian ini kepimpinan distributif dapat memberi impak besar kepada guru-guru dan seluruh sistem organisasi di sekolah yang mampu menyumbang kepada tranformasi pendidikan ke arah yang lebih baik. Selain itu, dapatan ini dapat memberi impak kepada dasar kerajaan bagi memperkasa dan memartabatkan profesion perguruan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectSchool principalsen_US
dc.subjectLeadershipen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengaruh kepimpinan distributif pengetua terhadap autonomi guru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPC) sekolah menengah amanah di Selangoren_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages191en_US
dc.identifier.callnoLB2831.9.R339 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007037en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.