Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407641
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Isa Hamzah, Dr.-
dc.contributor.authorNorsham Md Ali (P109368)-
dc.date.accessioned2023-07-17T03:25:57Z-
dc.date.available2023-07-17T03:25:57Z-
dc.date.issued2023-01-07-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407641-
dc.description.abstractPelbagai aplikasi interaktif dan inovasi di dalam pengajaran diperkenalkan agar berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Namun begitu penggunaan aplikasi interaktif dan inovasi dalam kalangan guru didapati masih kurang. Lantaran itu kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap penggunaan Aplikasi Interaktif Kahoot (AIK) di dalam pengajaran Tasawwur Islam. Kajian juga mengenal pasti penggunaan AIK di dalam pengajaran, perbezaan aspek pengetahuan, kemahiran, sikap berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar, serta hubungan di antara kesediaan dengan penggunaan AIK. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan borang soal selidik secara google form. Seramai 161 sampel dipilih daripada kalangan guru Tasawwur Islam di negeri Selangor. Analisis data menggunakan SPSS 22.0 yang merangkumi analisis deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai) dan analisis inferensi (ujian t sample bebas, korelasi Pearson dan ANOVA satu hala). Hasil kajian rintis berdasarkan analisis Cronbach Alpha bagi setiap konstruk menunjukkan tahap kebolehpercayaan 0.9. Hasil kajian mendapati bahawa kesediaan guru dari aspek pengetahuan, kemahiran berada di tahap sederhana, dan sikap di tahap tinggi. Manakala penggunaan di tahap sederhana. Seterusnya analisis ujian-t bagi sampel bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pengetahuan, kemahiran dan sikap berdasarkan jantina. Manakala ujian ANOVA satu hala mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap berdasarkan pengalaman mengajar. Menerusi ujian korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pengetahuan dan kemahiran dengan penggunaan AIK. Sebaliknya tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap dan penggunaan. Implikasi kajian dapat memberi kesedaran kepada guru kepentingan penggunaan aplikasi interaktif untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian ini juga memberi implikasi kepada pihak-pihak terkait dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan AIK di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectInternet in educationen_US
dc.subjectCreative teachingen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesediaan guru terhadap penggunaan Aplikasi Interaktif Kahoot dalam pengajaran Tasawwur Islamen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages217en_US
dc.identifier.callnoLB1044.87.N6377 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007035en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesediaan guru terhadap penggunaan Aplikasi Interaktif Kahoot dalam pengajaran Tasawwur Islam.pdf
  Restricted Access
Full-text1.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.