Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407447
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRoslinda Rosli, Prof Madya Dr.-
dc.contributor.authorMuhamad Ikhram Johari (P107565)-
dc.date.accessioned2023-07-17T03:18:41Z-
dc.date.available2023-07-17T03:18:41Z-
dc.date.issued2023-02-23-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407447-
dc.description.abstractPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) dan efikasi kendiri guru dalam pengajaran memainkan peranan utama dalam mempengaruhi pelaksanaan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Guru yang memiliki PPIK dan efikasi kendiri yang kukuh berupaya mengintegrasikan pendidikan STEM dalam pembelajaran matematik dengan berkesan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan perbezaan PPIK dan efikasi kendiri dalam pendidikan STEM berdasarkan lokasi sekolah dan pengalaman mengajar dalam kalangan guru matematik sekolah rendah. Selain itu, kajian ini juga ingin mengenalpasti hubungan yang wujud antara PPIK dengan efikasi kendiri guru dalam pendidikan STEM. Kajian tinjauan ini melibatkan 179 orang guru matematik sekolah rendah daripada seluruh Malaysia yang telah menghadiri bengkel pembangunan profesionalisme STEM anjuran Pusat STEM Negara menggunakan pensampelan rawak bersrata. Instrumen soal selidik yang diadaptasi mengandungi konstruk PPIK dan efikasi kendiri guru dengan menggunakan skala semantik sepuluh mata telah digunakan dalam kajian ini. Hasil analisis ujian inferensi ANOVA dua hala daripada perisian IBM SPSS Statistics versi 26 tidak berjaya menunjukkan terdapat kesan interaksi antara faktor lokasi sekolah dengan pengalaman mengajar bagi skor PPIK dan efikasi kendiri guru dalam pendidikan STEM. Di samping itu, analisis juga tidak berjaya menunjukkan terdapat perbezaan PPIK dan efikasi guru terhadap pendidikan STEM berdasarkan faktor pengalaman mengajar dan lokasi sekolah secara berasingan. Sementara itu, analisis korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan yang positif dan kuat antara PPIK dengan efikasi kendiri guru dalam pendidikan STEM. Implikasinya, faktor lokasi sekolah dan pengalaman mengajar bukanlah halangan utama dalam melaksanakan pendidikan STEM di sekolah. Selain itu, amalan pengajaran ini dapat ditingkatkan sekiranya guru mempunyai PPIK dan efikasi kendiri yang mencukupi dalam bidang matematik dan STEM. Oleh yang demikian, program profesionalisme yang diadakan perlulah dimanfaatkan dengan sebaiknya agar dapat melahirkan guru yang mempunyai kompetensi dan komited yang tinggi dalam merealisasikan pendidikan STEM seterusnya berupaya mengeksploitasi kandungan matematik dengan lebih berkesan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectPedagogical content knowledgeen_US
dc.subjectTeachingen_US
dc.titlePengetahuan pedagogi isi kandungan dan efikasi kendiri guru matematik sekolah rendah dalam pendidikan Stemen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages165en_US
dc.identifier.callnoLB1028.3.M834 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007032en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengetahuan pedagogi isi kandungan dan efikasi kendiri guru matematik sekolah rendah dalam pendidikan Stem.pdf
  Restricted Access
Full-text4.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.