Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407327
Title: Pembentukan model kearifan tempatan berasaskan petunjuk persekitaran dalam pertanian sara hidup
Authors: Muhammad Faiz Aiman Mohd Sohaimin (P83622)
Supervisor: Azahan Awang, Dr.
Rizal Razman, Prof. Dr.
Azlan Abas, Dr.
Keywords: Agriculture
Subsistence farming
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Nov-2022
Abstract: Potensi kearifan tempatan berasaskan petunjuk persekitaran menyumbang dalam aktiviti pertanian sara hidup. Status kearifan tempatan yang masih diamalkan dalam aktiviti pertanian sara hidup menunjukkan ianya mempunyai kekuatan tersendiri untuk terus kekal digunakan mendepani cabaran ketidaktentuan perubahan cuaca. Kajian ini menganalisis praktis kearifan tempatan berasaskan petunjuk persekitaran termasuklah petunjuk astronomi, haiwan, tumbuhan dan elemen fizikal lain. Praktis amalan ini turut dilihat mempengaruhi kompenan sistem sosial komuniti tani dan ekosistem pertanian sara hidup. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual mendalam, penglibatan turut serta dan pemerhatian di lapangan. Seramai sebelas informan dipilih dalam kalangan komuniti tani sebagai pengamal kearifan tempatan. Data dikumpulkan menerusi temu bual semi berstruktur mendalam disokong dengan maklumat melalui pemerhatian turut serta dan catatan nota lapangan. Kajian ini menggunakan analisis tematik dengan perisian Nvivo. Kajian mendapati amalan kearifan tempatan berasaskan petunjuk persekitaran memerlukan kefahaman elemen persekitaran dalam pelaksanaannya. Praktis amalan kearifan tempatan dilaksanakan dengan jaya melalui pendedahan dalam situasi sebenar dan pengalaman. Amalan kearifan tempatan dengan melihat perubahan bulan dan bintang serta matahari memperlihat kemampuan komuniti tani dalam membentuk pengetahuan berasaskan kearifan tempatan. Amalan kearifan tempatan berasaskan petunjuk persekitaran turut dilakukan dengan melihat tingkah laku pada haiwan dan tumbuhan. Perubahan suhu, angin dan tanah menjadi petunjuk terhadap komuniti tani sara hidup. Praktis amalan kearifan tempatan dilihat mempengaruhi sistem sosial komuniti tani termasuklah budaya, pengurusan ekonomi, kesihatan dan keselamatan serta teknologi. Pengaruh kearifan tempatan turut menyentuh perihal ekosistem pertanian sara hidup termasuklah aktiviti penanaman, musim penanaman dan penuaian, kawalan serangga, dan pemilihan serta simpanan lebihan hasil tanaman. Kajian mendapati pengaruh kearifan tempatan mempengaruhi aspek budaya berdasarkan pengamalannya melibatkan petua dan pantang larang. Aspek ekonomi dilihat tidak dipengaruhi sepenuhnya melalui pengamalan kearifan tempatan. Penggunaan bahan semula jadi dalam aktiviti pertanian sara hidup turut menjamin kesihatan komuniti tani. Kearifan dalam menentukan tempoh untuk menjalankan aktiviti pertanian sara hidup menunjukkan keupayaan kearifan tempatan komuniti tani. Pembentukan rangkaian elemen kearifan tempatan meliputi pengalaman hidup, pemindahan pengetahuan generasi ke generasi dan interaksi dengan persekitaran menunjukkan hubungan manusia dengan alam. Dapatan mendapati amalan kearifan tempatan berasaskan petunjuk persekitaran berjaya membentuk elemen kearifan tempatan. Pengalaman dilalui pengamal, pemindahan pengetahuan secara spontan dan bersahaja, perkongsian maklumat serta pengurusan sumber asli dengan pengetahuan tempatan mewujudkan kekuatan jaringan membentuk sistem kearifan tempatan. Walau bagaimanapun, proses modenisasi yang berlaku di kawasan kajian secara tidak langsung memberi kesan terhadap proses pemindahan pengetahuan dan mempengaruhi penerimaan terhadap generasi baharu. Implikasi dan sumbangan daripada kajian ini membantu dalam meningkatkan kemampuan dan potensi dalam pengurusan persekitaran dan jaminan keselamatan sumber makanan di Malaysia.
Pages: 307
Call Number: S495.M834 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembentukan model kearifan tempatan berasaskan petunjuk persekitaran dalam pertanian sara hidup.pdf
  Restricted Access
Full-text4.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.