Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406580
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Azul Mohamad Salleh, Dr.-
dc.contributor.authorAnuar Ali (P90380)-
dc.date.accessioned2023-07-12T08:00:16Z-
dc.date.available2023-07-12T08:00:16Z-
dc.date.issued2022-10-24-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406580-
dc.description.abstractPengurusan data digital penting kepada pengguna individu bagi menghadapi kematian dalam abad ke 21. Perkembangan teknologi komunikasi seperti telefon pintar telah melalui transformasi sebagai alat pendigitalan data yang dikonseptualisasi sebagai memobilia. Pengaruhnya memberi implikasi kepada kebergantungan telefon pintar dan pembentukan kandungan digital yang boleh diklasifikasi sebagai aset digital. Aset digital ini adalah data, maklumat, memori dan platform digital yang mempunyai nilai privasi, sensitiviti, sentimental dan monetari. Namun, tanpa pemindahan hak digital, aset digital tidak boleh diwarisi dan dilindungi oleh pewarisnya selepas pengguna individu itu meninggal dunia. Oleh sebab kematian tidak boleh dielak dan diramalkan, maka kesedaran konsep wasiat digital sebagai sistem pewarisan penting kepada belia yang merupakan golongan tertinggi bergantung kepada penggunaan telefon pintar di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti dimensi memobilia yang mempengaruhi kebergantungan telefon pintar dan aset digital ke atas kesedaran wasiat digital dalam kalangan belia. Skop kajian tertumpu pada pengalaman kebergantungan individu kepada telefon pintar dalam konteks memobilia. Pendekatan Fenomenologi dan Kebergantungan Media Individu (IMD) dalam Teori Sistem Kebergantungan Media (MSD) menjadi asas kerangka konseptual. Kajian ini menggunakan kaedah campuran melalui pendekatan reka bentuk penerokaan berurutan yang merangkumi kajian kualitatif dan kuantitatif. Temubual mendalam dijalankan bersama 10 orang belia dan 10 orang pakar yang dipilih menerusi teknik bebola salji serta dianalisis menggunakan Analisa Fenomenologi Interpretasi (IPA) melalui perisian Atlas.ti 8. Kaedah survei pula dilakukan terhadap 395 belia bandar dan luar bandar di Selangor yang dipilih melalui pensampelan bertujuan. Data survei dianalisis menggunakan prosedur sistematik Partial Least Square Structural Equation Modelling (PLS-SEM). Analisis data kualitatif menunjukkan dimensi memobilia iaitu personaliti, mobiliti, penyuntingan dan ketersambungan mempengaruhi kebergantungan individu dan pembentukan aset digital yang merangkumi aset digital data peribadi, aset digital media sosial dan aset digital kewangan. Belia mempunyai pengetahuan yang terhad mengenai kepentingan wasiat digital. Analisis data kuantitatif menunjukkan memobilia mempunyai hubungan yang positif dan signifikan terhadap kebergantungan telefon pintar dan aset digital, namun tidak signifikan terhadap kesedaran wasiat digital. Hasil kajian ini memberi implikasi kepada kesedaran belia, kerajaan dan pembuat polisi dalam melindungi aset digital pengguna individu melalui penyusunan strategi, akta dan polisi yang membenarkan pemindahan hak digital berlaku melalui konsep wasiat digital.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectDigital communicationsen_US
dc.subjectSmartphonesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleEksplorasi memobilia dan pengaruhnya ke atas kesedaran wasiat aset digital dalam kalangan beliaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages398en_US
dc.identifier.callnoTK5103.7.A538 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007021en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Eksplorasi memobilia dan pengaruhnya ke atas kesedaran wasiat aset digital dalam kalangan belia.pdf
  Restricted Access
Full-text5.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.