Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406579
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohammad Izzat Akmal Shariff (P88277) | - |
dc.date.accessioned | 2023-07-12T07:59:18Z | - |
dc.date.available | 2023-07-12T07:59:18Z | - |
dc.date.issued | 2022-09-29 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406579 | - |
dc.description.abstract | Institusi pengajian tinggi merupakan salah satu sumber pembekal tenaga kerja yang terbaik bagi memperoleh pekerja yang berkemahiran tinggi di masa hadapan. Walau bagaimanapun, hal ini tidak bergantung terhadap pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam pasaran kerja sahaja, tetapi ia juga melibatkan sumber psikologi yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan potensi yang ada dalam kalangan mahasiswa. Kajian ini dilaksanakan bagi menilai ciri-ciri psikologi positif dalam isu kebolehpasaran mahasiswa. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh modal psikologi terhadap berkembang maju dengan menjadikan motivasi pencapaian dan kecekalan sebagai pembolehubah pengantara. Pengumpulan data dikutip menggunakan soal selidik yang telah diedarkan secara dalam talian. Seramai 252 orang pelajar tahun akhir dan 226 orang pencari kerja telah menyertai kajian ini. Empat instrumen telah digunakan dalam mengukur pemboleh ubah iaitu Psychological Capital Questionnaire (PCQ) mengukur modal psikologi, the Flourishing Scale mengukur berkembang maju, Grit Short Scale mengukur kecekalan dan Cassidy and Lynn Achievement Motivation Scale (CLAMS) mengukur motivasi pencapaian. Kaedah analisis PROCESS Model 4 telah dilaksanakan dalam menguji peranan motivasi pencapaian dan kecekalan sebagai pengantara. Dapatan kajian mendapati keempat-empat dimensi modal psikologi menunjukkan pengaruh signifikan terhadap motivasi pencapaian, kecekalan dan berkembang maju. Kecekalan berperanan sebagai pengantara di antara harapan, efikasi, resilien dan optimis terhadap berkembang maju bagi kumpulan pelajar tahun akhir. Manakala, bagi pencari kerja, kecekalan hanya menjadi pengantara di antara dimensi optimis dengan berkembang maju. Motivasi pencapaian pula menunjukkan hubungan pemboleh ubah pengantara di antara resilien dan berkembang maju pada kumpulan pelajar tahun akhir sahaja. Walaupun terdapat perbezaan di antara dapatan pelajar tahun akhir dan pencari kerja namun analisis moderated moderation menunjukkan status semasa berperanan sebagai penyederhana pada hubungan optimis terhadap kecekalan sahaja. Ini bermakna perbezaan yang diperolehi pada dimensi harapan, efikasi dan resilien bukan disebabkan perbezaan pada status semasa. Dapatan ini membuktikan konstruk psikologi positif seperti modal psikologi, kecekalan, motivasi pencapaian dan berkembang maju memainkan peranan penting dalam pembangunan mahasiswa untuk mendepani pasaran kerja. Kajian ini memberi implikasi kepada perancangan latihan pembinaan individu berlandaskan sumber psikologi positif sebagai modul intervensi bagi membantu pelajar bersedia dengan alam pekerjaan. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Psychology | en_US |
dc.subject | Employability | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Pengaruh modal psikologi terhadap berkembang maju dalam kalangan pelajar tahun akhir dan pencari kerja: motivasi pencapaian dan kecekalan sebagai pengantara | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 410 | en_US |
dc.identifier.callno | BF121.M634 2022 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007020 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengaruh modal psikologi terhadap berkembang maju dalam kalangan pelajar tahun akhir dan pencari kerja: motivasi pencapaian dan kecekalan sebagai pengantara.pdf Restricted Access | Full-text | 3.22 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.