Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406578
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamiah Hj. Manap, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNor Azrul Mohd Zin (P88942)-
dc.date.accessioned2023-07-12T07:52:31Z-
dc.date.available2023-07-12T07:52:31Z-
dc.date.issued2022-08-01-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406578-
dc.description.abstractPendidikan merupakan agen perubahan sosial belia kembang lewat miskin bandar. Sehubungan itu, fenomena ini perlu difahami bagi memperkasa pendidikan belia ke tahap yang lebih baik. Oleh itu, kajian ini bertujan adalah untuk untuk meneroka kewujudan kembang lewat dalam golongan belia miskin bandar. Selain itu, kajian ini juga akan memberi fokus kepada penciptaan kejayaan melalui potensi kebolehan seseorang itu melalui pendekatan pendidikan yang diukur kepada golongan belia kembang lewat. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan fenomenologi melalui persampelan bertujuan dan bebola salji melibatkan 15 informan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengumpulan data kajian merangkumi temuramah mendalam, analisis dokumen dan pemerhatian. Kriteria pemilihan informan adalah 1) individu belia dan belia dewasa berusia 25 tahun sehingga 40 tahun, 2) pendapatan seisi keluarga RM4,000.00 dan ke bawah, 3) warganegara Malaysia, 4) individu dan keluarga menetap di kawasan bandar, 5) individu sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi (Ijazah Pertama) di UKM, dan 6) pelajar sepenuh masa atau separuh masa. Sebanyak 26 tema telah diperolehi melalui kaedah analisis tematik. Kajian mendapati terdapat empat faktor yang membawa kepada kewujudan belia kembang lewat miskin bandar iaitu tuntutan keperluan kerjaya, kelemahan penguruan kewangan, masalah kesihatan dan memenuhi keinginan diri sendiri. Pembangunan pendidikan dalam kalangan belia kembang lewat miskin bandar pula didorong oleh tujuh faktor iaitu dorongan keluarga, kerjaya, matlamat diri, minat kepada pendidikan, motivasi diri, dorongan rakan sebaya, dan dorongan majikan. Sebanyak sembilan elemen cabaran dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan iaitu bebanan kerja, tekanan emosi, cabaran pergerakan fizikal, konflik peribadi, penguasaan tahap kualiti pembelajaran, masalah kesihatan yang merosot, pengurusan masalah kewangan, pengurusan masa dan tekanan pergaulan sosial. Manakala terdapat enam strategi daya tindak bagi berhadapan dengan cabaran iaitu disiplin diri, fokus kepada matlamat, peningkatan tahap keyakinan diri, pengurusan konflik yang bijak, peningkatan tahap motivasi diri dan meneroka potensi diri. Selain itu, model pembangunan peningkatan pendidikan golongan belia kembang lewat miskin bandar turut dibangunkan sebagai rujukan kepada setiap individu yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi pada usia yang lewat. Oleh yang demikian proses peningkatan tahap pendidikan belia kembang lewat adalah bersifat holistik dan ini memerlukan kerjasama yang erat merentasi lima elemen utama yang melibatkan individu, keluarga, masyarakat serta pihak universiti dan kerajaan. Justeru, kajian ini berpotensi menjadi asas untuk memahami belia kembang lewat miskin bandar bagi merangka program pembelajaran yang lebih efektif.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectEducation, Urbanen_US
dc.subjectCommunity educationen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleMeneroka potensi pembangunan pendidikan belia kembang lewat dalam kalangan komuniti miskin bandaren_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages303en_US
dc.identifier.callnoLC5115.N637 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007019en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Meneroka potensi pembangunan pendidikan belia kembang lewat dalam kalangan komuniti miskin bandar.pdf
  Restricted Access
Full-text1.81 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.