Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406575
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Suziyani Mohamed, Dr. | - |
dc.contributor.author | Siti Sarah Suaaid (P91103) | - |
dc.date.accessioned | 2023-07-12T07:45:45Z | - |
dc.date.available | 2023-07-12T07:45:45Z | - |
dc.date.issued | 2023-02-03 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406575 | - |
dc.description.abstract | Ilmu pengetahuan merupakan aspek yang penting dalam menyediakan guru ke arah mendidik anak muridnya. Pendidik perlu mempunyai kefahaman serta amalan pengajaran yang berkesan sebagai asas dalam membentuk kanak-kanak bersahsiah. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan serta amalan guru prasekolah dalam menangani tingkah laku negatif kanak-kanak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif bagi memperoleh data. Soal selidik kajian disebarkan kepada responden yang terdiri daripada guru prasekolah dari seluruh Malaysia secara rawak mudah dalam talian. Data dianalisa secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan utama kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru prasekolah mengenai tingkah laku negatif kanak-kanak adalah pada tahap sederhana. Amalan guru prasekolah dalam menangani tingkah laku negatif adalah juga pada tahap yang sederhana. Majoriti guru prasekolah tahu tentang pengurusan tingkah laku seperti penggunaan peneguhan sosial bagi memupuk tingkah laku positif. Namun, terdapat juga perkara yang harus diperbaiki dalam berkolaborasi dengan keluarga seperti penyediaan pelan perancangan bagi menangani isu tingkah laku. Implikasi kajian kepada pihak pengurusan tadika dan guru adalah membantu organisasi melaksanakan rancangan strategi termasuk latihan bengkel pengurusan tingkah laku bagi meningkatkan prestasi kerja guru prasekolah. Sesungguhnya, pengetahuan, kemahiran dan kesediaan guru mengurus tingkah laku amat penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pembelajaran. Pengurusan tingkah laku yang berkesan dapat mewujudkan suasana kelas yang kondusif dan menggalakkan penglibatan murid, seterusnya objektif pengajaran dapat dicapai dengan jayanya. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Preschool teachers | en_US |
dc.subject | Early childhood teachers | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Meninjau pengetahuan dan amalan guru prasekolah mengenai tingkah laku negatif kanak-kanak | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 179 | en_US |
dc.identifier.callno | LB1776.S568 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007016 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pendidikan | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Meninjau pengetahuan dan amalan guru prasekolah mengenai tingkah laku negatif kanak-kanak.pdf Restricted Access | Full-text | 4.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.