Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406573
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zamri Mahamod, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Rozana Jaafar (P92482) | - |
dc.date.accessioned | 2023-07-12T07:43:45Z | - |
dc.date.available | 2023-07-12T07:43:45Z | - |
dc.date.issued | 2023-01-24 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406573 | - |
dc.description.abstract | Pemerkasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan wadah bagi menambah baik kualiti pendidikan di negara kita. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan PBD yang berkesan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu amat dititikberatkan dalam usaha melahirkan murid yang holistik perkembangannya. Dalam konteks ini, guru Bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam menjayakan PBD di sekolah. Oleh itu, kajian kuantitatif secara tinjauan ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, amalan dan sikap serta hubungannya dengan kesediaan guru Bahasa Melayu sekolah menengah terhadap pelaksanaan PBD. Seramai 235 orang guru Bahasa Melayu sekolah menengah di daerah Hulu Langat, Selangor terlibat sebagai responden kajian dan menggunakan persampelan rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik secara dalam talian yang mengandungi empat konstruk iaitu Pengetahuan, Amalan, Sikap dan Kesediaan. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 23. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu sekolah menengah mempunyai tahap pengetahuan, amalan, sikap serta kesediaan yang tinggi terhadap pelaksanaan PBD. Dapatan Ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi aspek pengetahuan, amalan, sikap dan kesediaan guru terhadap pelaksanaan PBD berdasarkan opsyen. Analisis ANOVA Sehala dalam membandingkan tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap pelaksanaan PBD berdasarkan pengalaman mengajar turut menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan. Namun begitu, kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap amalan dan kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PBD berdasarkan pengalaman mengajar. Melalui analisis korelasi Pearson yang dijalankan, menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear positif yang kuat dan signifikan antara tahap pengetahuan, amalan dan sikap dengan tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PBD di sekolah menengah. Implikasi daripada penyelidikan ini ialah pemerkasaan pentaksiran Bahasa Melayu akan tercapai melalui penambahbaikan dan strategi pemantapan pelaksanaan PBD khususnya dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu di sekolah menengah. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Teacher effectiveness -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Effective teaching -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Pengetahuan, amalan dan sikap guru bahasa Melayu terhadap kesediaan dalam pelaksanaan pentaksiran bilikdarjah (PBD) di sekolah menengah | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 151 | en_US |
dc.identifier.callno | LB1025.3.R639 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007014 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pendidikan | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengetahuan, amalan dan sikap guru bahasa Melayu terhadap kesediaan dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di sekolah menengah.pdf Restricted Access | Full-text | 1.98 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.