Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/396273
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorImran Ho Abdullah, Prof. Dato Dr.-
dc.contributor.authorAnis Nadiah Che Abdul Rahman (P87706)-
dc.date.accessioned2023-07-10T03:58:36Z-
dc.date.available2023-07-10T03:58:36Z-
dc.date.issued2022-08-29-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/396273-
dc.description.abstractWacana yang berkisarkan wanita telah menjadi subjek di dalam pelbagai kajian linguistik. Isu berkaitan wanita juga kian menarik perhatian terutamanya dalam kalangan ahli parlimen. Secara umumnya, penglibatan wanita di parlimen dapat membantu untuk membentuk identiti mereka dan menyumbang kepada dasar dan pelan tindakan kerajaan. Walau bagaimanapun, penyelidikan mengenai pandangan anggota parlimen Malaysia mengenai isu-isu wanita di dalam parlimen adalah terhad. Justeru, peralatan korpus digunakan di dalam penyelidikan ini untuk menganalisis pola pandangan penggubal undang-udang melalui data raya untuk melihat ciri-ciri isu wanita dalam parlimen Malaysia. Kajian ini menggunakan analisis berpandukan korpus untuk meneroka corak perwakilan perkataan ‘wanita’ dalam korpus Hansard yang bersaiz 164 juta perkataan iaitu perbahasan parlimen Malaysia dari Parlimen 1 sehingga Parlimen 14. Korpus Hansard Malaysia ini dianalisis menggunakan WordSmith Tools 7.0 dengan memanipulasi senarai kekerapan kata, kolokasi kata nama dan kata kunci dalam konteks untuk mengenal pasti pola prosodi semantik perkataan ‘wanita.’ Kajian ini menggunakan teori preferensi semantik dan teori prosodi semantik untuk mengkategorikan makna yang berkisarkan perkataan ‘wanita’. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ‘wanita’ secara semantiknya dapat dikaitkan dengan kategori yang berkaitan dengan identiti nasional, sifat, konflik, budaya, agama, kumpulan, hal-hal awam dan pengukur atau penunjuk nombor. Dapatan juga menunjukkan bahawa isu wanita dibincangkan dengan lebih positif di dalam Parlimen Malaysia 1 hingga 14. Menariknya, kolokasi yang kelihatan ketara sifat negatifnya seperti ‘pelacuran’ dan ‘dadah’ pula berkemungkinan untuk mempunyai konteks yang positif dalam perbahasan parlimen Malaysia dari perspektif perundangan. Secara keseluruhan, penemuan ini membantu pembinaan satu kerangka untuk memahami isu-isu wanita melalui perwakilan semantiknya dalam perbahasan parlimen Malaysia. Analisis terperinci mengenai pola kolokasi menunjukkan hubungan semantik yang sistematik, yang memetakan gagasan pengkategorian semantik wacana parlimen Malaysia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectDebates and debatingen_US
dc.subjectPolitical oratoryen_US
dc.subjectWomenen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleAnalisis kolokasi dan pola prosodi semantik 'wanita' dalam wacana parlimen: satu kajian korpusen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages365en_US
dc.identifier.callnoPN4181.A595 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007009en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Analisis kolokasi dan pola prosodi semantik 'wanita' dalam wacana parlimen: satu kajian korpus.pdf
  Restricted Access
Full-text3.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.