Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/396271
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mazlin Mokhtar, Prof. Dato’ ChM. Dr. | - |
dc.contributor.author | Ajimi Jawan (P67844) | - |
dc.date.accessioned | 2023-07-10T03:56:33Z | - |
dc.date.available | 2023-07-10T03:56:33Z | - |
dc.date.issued | 2022-11-28 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/396271 | - |
dc.description.abstract | Pengurusan lembangan sungai secara lestari memberikan kesan positif yang berpanjangan kepada pelbagai pihak berkepentingan. Wujud perbezaan peranan dalam kalangan pelaksana dan komuniti yang mempengaruhi tingkah laku mereka dalam pemuliharaan air sungai secara lestari. Kajian ini dijalankan bagi menilai status kualiti air sungai di beberapa zon kawasan kajian, dan seterusnya menentukan hubungan di antara konstruk sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku, motivasi terhadap niat, dan antara niat terhadap alam sekitar, ekonomi dan sosial dalam kalangan pelaksana dan komuniti. Analisis kualiti air dilakukan di tiga zon utama sungai di sepanjang Lembangan Sungai Inanam-Likas, Kota Kinabalu berdasarkan beberapa jenis guna tanah iaitu nilai pH, suhu (°C), oksigen terlarut (DO) (mg/l) menggunakan meter mudah alih model YSI550A secara in-situ, dan menggunakan DR2800 Spektrofotometer untuk analisis kandungan nitrat-nitrogen (NO3-N)(mg/l) dan fosfat (PO4)(mg/l) di makmal. Hasil analisis Indeks Kualiti Air (IKAsub) mendapati bahawa zon hulu sungai adalah lebih baik berbanding zon pertengahan dan hilir yang dikategorikan sebagai sederhana tercemar menunjukkan masih terdapat kekurangan dalam usah pemuliharaan air sungai dan memerlukan penambahbaikan. Set soal selidik kajian yang telah diuji diedarkan kepada pelaksana dan komuniti untuk diisi. Teori Kelakuan Terancang (TPB), dan elemen pelaksanaan pengurusan sumber air lestari digunakan untuk mengesahkan model kajian menerusi analisis Teknik Pemodelan Persamaan Berstruktur (SEM-AMOS). Hasil dapatan mengesahkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara keseluruhan konstruk iaitu sikap, norma subjektif dan motivasi kecuali persepsi kawalan tingkah laku ke atas niat tingkah laku ke arah amalan pemuliharaan kualiti air sungai. Manfaat yang diperolehi, terutamanya dari aspek sosial pada masa akan datang seperti dapat menjalani gaya hidup sihat, kebimbangan terhadap kepupusan biodiversiti dan hidupan liar mendorong motivasi mereka meneruskan usaha memulihara kualiti air di lokasi kajian. Hubung kait positif dengan niat memulihara kualiti air dalam kalangan pelaksana melalui pemboleh ubah alam sekitar, ekonomi dan sosial menyumbang kepada Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) secara lestari. Dapatan kajian ini juga membantu pihak berkepentingan dalam penggubalan dasar, program dan kempen pemuliharaan kualiti air sungai pada masa akan datang. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Kualiti air | en_US |
dc.subject | Sungai Inanam-Likas -- Kota Kinabalu | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Pemuliharaan kualiti air di Lembangan Sungai Inanam-Likas, Kota Kinabalu, Sabah dalam kalangan pelaksana dan komuniti : analisis teori kelakuan terancang lanjutan | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 264 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pemuliharaan kualiti air di Lembangan Sungai Inanam-Likas, Kota Kinabalu Sabah dalam kalangan pelaksana dan komuniti analisis teori kelakuan terancang lanjutan.pdf Restricted Access | Full-text | 164.94 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.