Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/396268
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Isa Hamzah, Dr.-
dc.contributor.authorNorzi Mohd Yusoff (P109366)-
dc.date.accessioned2023-07-10T03:53:15Z-
dc.date.available2023-07-10T03:53:15Z-
dc.date.issued2022-12-14-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/396268-
dc.description.abstractPengajaran al-Quran di peringkat prasekolah memerlukan anjakan bagi mengatasi isu ketidakupayaan murid prasekolah menguasai kemahiran asas membaca al-Quran. Kekurangan bahan berbentuk aplikasi mudah alih yang menepati kurikulum al-Quran prasekolah mendorong kepada kajian ini dijalankan. Kajian ini dijalankan untuk membantu guru Pendidikan Islam mempelbagaikan kaedah pengajaran yang memfokuskan kepada surah hafazan iaitu surah al-Nas dan surah al-Ikhlas. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan guru terhadap pembangunan aplikasi pengajaran mudah alih al-Quran prasekolah. Kedua, adalah untuk mereka bentuk kandungan aplikasi pengajaran mudah alih al-Quran prasekolah dan objektif ketiga adalah untuk membangun aplikasi pengajaran mudah alih al-Quran prasekolah. Fasa analisis keperluan dijalankan bagi mendapatkan maklumat awal keperluan dengan mengedarkan soal selidik kepada 37 orang Guru Pendidikan Islam prasekolah Daerah Jasin, Melaka. Dapatan fasa pertama menunjukkan keperluan membangunkan aplikasi al-Quran prasekolah. Manakala, fasa reka bentuk melibatkan pembinaan elemen kandungan dan reka bentuk papan cerita berdasarkan maklumat analisis keperluan, analisis dokumen serta kajian-kajian lepas. Elemen kandungan disemak dan dipersetujui oleh tiga orang guru pakar Pendidikan Islam. Seterusnya, fasa perlaksanaan melibatkan pembangunan kandungan, pengarangan perisian dan penerapan elemen multimedia. Dapatan kesahan pembangunan aspek kandungan dan teknikal mendapat konsesus kesepakatan pakar yang tinggi. Implikasinya, aplikasi My Qari Junior dapat membantu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) al-Quran khususnya di peringkat prasekolah bagi menarik minat serta motivasi pelajar prasekolah untuk menghafaz surah-surah pendek daripada JuzAmma.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMobile appsen_US
dc.subjectEducational technologyen_US
dc.subjectIslamic education -- Qurʼanic teachingen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.titlePembangunan aplikasi mudah alih my qari juniors dalam pengajaran al-Quran bagi guru pendidikan Islam prasekolahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages194en_US
dc.identifier.callnoQA76.59.N637 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007004en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan aplikasi mudah alih my qari juniors dalam pengajaran al-Quran bagi guru pendidikan Islam prasekolah.pdf
  Restricted Access
Full-text4.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.