Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/391054
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Satirah Zainalabidin, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nurellya Faqhiraah Aziz (P99727) | - |
dc.date.accessioned | 2023-05-22T03:19:55Z | - |
dc.date.available | 2023-05-22T03:19:55Z | - |
dc.date.issued | 2023-04-26 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/391054 | - |
dc.description.abstract | Penyakit kardiovaskular merupakan penyebab kematian yang utama di Malaysia. Kajian telah menunjukkan bahawa penurunan aras estrogen selepas wanita mengalami menopaus meningkatkan insiden penyakit kardiovaskular. Dengan itu, kajian giat dijalankan untuk mencari rawatan alternatif yang mampu mengehadkan tahap kecederaan jantung dalam kalangan wanita menopaus. S-Allylcysteine (SAC) yang merupakan sebatian bioaktif daripada ekstrak bawang putih tua telah menunjukkan sifat kardioprotektif melalui pemeliharaan mitokondria dan fungsi jantung melalui tapak jalan oksidatif dan enzim cystathionine-γ-lyase (CSE) /hidrogen sulfida. Oleh itu, kajian ini telah dilakukan untuk mengkaji kesan SAC terhadap model tikus diovariektomi dengan kecederaan miokardium teraruh. Pembedahan ovariektomi dijalankan ke atas 64 ekor tikus Wistar betina (OVX), manakala 16 ekor tikus telah menjalani pembedahan tanpa ovariektomi (Sham). Selepas tempoh pemulihan selama tiga minggu, kesemua tikus menerima administrasi (s.c) sama ada normal salin (Sham, OVX) atau isoprenalin 85 mg/kg (OVXIM, dua kali) untuk mengaruh kecederaan miokardium. Seterusnya, air suling (Sham, OVX, OVXIM) atau SAC 100 mg/kg (OVXS, OVXIMS) diberi selama seminggu (p.o). Model ovariektomi disahkan melalui penurunan signifikan aras estrogen serum (p<0.05), manakala kecederaan jantung pula melalui elevasi ST signifikan (p<0.05) pada elektrokardiogram dan peningkatan signifikan (p<0.05) aras Troponin-T serum. Di akhir eksperimen, tikus dianestesia sebelum jantung dikeluarkan untuk pengukuran fungsi jantung menggunakan sistem perfusi jantung terpisah Langendorff. Tekanan darah sistolik dalam kumpulan OVXS menunjukkan penurunan signifikan (p<0.05) sebanyak 15% selepas menerima SAC. Meskipun rawatan SAC tidak berjaya menurunkan produk tekanan oksidatif TBARS, namun SAC berjaya meningkatkan aras antioksidan GSH sebanyak 52-55%, dan 30% peningkatan SOD pada kumpulan OVXIMS. Hal ini mungkin disebabkan kumpulan allyl dan cysteine mempunyai ciri-ciri antioksidatif yang melindungi tisu vaskular lalu menurunkan tekanan darah. Melalui pemerhatian histologi jantung, rawatan SAC didapati memelihara morfologi, mengehad tahap kecederaan dan pemendapan kolagen pada jantung kumpulan OVXIM. Dapatan ini mencadangkan sifat antioksidan SAC mungkin berupaya mengehadkan kerosakan sel akibat dari tekanan oksidatif seterusnya mengurangkan kesan fibrosis dan memelihara saiz kardiomiosit. Aktiviti enzim dan pengekspresan protein CSE pula menunjukkan corak peningkatan pada kumpulan rawatan SAC. Dengan itu, kajian ini telah menunjukkan bahawa SAC berpotensi dalam memelihara fungsi dan struktur jantung dalam keadaan kekurangan estrogen, namun kajian lebih mendalam harus dijalankan untuk memahami tapak jalan yang yang lebih terperinci | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Cardiovascular Diseases | en_US |
dc.subject | Myocardial Failure | en_US |
dc.subject | Menopause | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic--Malaysia | en_US |
dc.title | Peranan S-allylcysteine ke atas fungsi dan struktur jantung pada tikus diovariektomi dengan aruhan kecederaan miokardium | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 186 | en_US |
dc.format.degree | Ijazah Sarjana Sains Kesihatan | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Peranan S-allylcysteine ke atas fungsi dan struktur jantung pada tikus diovariektomi dengan aruhan kecederaan miokardium Restricted Access | Full-text | 3.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.