Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390588
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zaleha Md Isa, Prof Dr. | - |
dc.contributor.author | Zaleha Md Nor, Dr. | - |
dc.date.accessioned | 2023-05-03T01:19:59Z | - |
dc.date.available | 2023-05-03T01:19:59Z | - |
dc.date.issued | 2019 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390588 | - |
dc.description.abstract | Peningkatan prevalens gangguan spektrum autism (ASD) secara global telah dikenalpasti namun aetiologinya masih tidak jelas. Kajian menunjukkan genetik sebagai faktor risiko utama, tetapi faktor alam sekitar juga dilihat sebagai penyumbang kepada prevalen ASD. Pendedahan kepada pencemar alam sekitar seperti sebatian pengganggu endokrin (EDC) boleh berlaku seawal di dalam rahim ibu. Bisphenol A (BPA) dan phthalates adalah sebatian pengganggu endokrin yang utama dalam industri pembungkusan makanan berasaskan plastik dan diet adalah sumber pendedahan utama. Objektif kajian ini adalah mengkaji hubungan antara ASD dan pendedahan terhadap bahan sentuh makanan berasaskan plastik. Peringkat pertama kajian ini adalah membangunkan satu set borang soal selidik yang merangkumi data-data sosiodemografi, sosioekonomi, sejarah antenatal, sejarah perinatal dan menilai tahap pengetahuan, persepsi dan amalan berkaitan bahan sentuh makanan yang berasaskan plastik. Borang soal selidik ini dibangunkan berdasarkan ulasan kepustakaan dan seterusnya diteliti oleh satu kumpulan fokus yang terdiri daripada 10 pakar yang mahir dalam bidang masing-masing. Proses validasi dijalankan sehingga satu set soal selidik yang menepati nilai petunjuk yang optimum dibangunkan. Dalam peringkat kedua, kajian kes-kawalan telah dijalankan bagi mengkaji faktor-faktor risiko terhadap ASD di Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan UKM. Kajian kes kawalan dijalankan dengan padanan 1:1 berpandukan umur serta jantina dengan jumlah keseluruhan responden seramai 260 orang. Hasil daripada analisa bivariabel, faktor yang mempunyai hubungan dengan kejadian autisme adalah bangsa, tahap pendidikan ibu, pendapatan isi rumah, sejarah keluarga, komplikasi semasa kelahiran, status penyusuan susu ibu dan tempoh penyusuan susu ibu. Melalui analisa conditional multiple logistic regression, didapati bangsa Cina (Ods terlaras 9.075, 95% SK: 3.825 – 21.529), tahap pendidikan ibu yang tinggi (Ods terlaras 1.937, 95% SK:1.053 – 3.566), mempunyai sejarah keluarga (Ods terlaras 4.358, 95% SK: 1.931 -9.835) dan mempunyai sejarah kemasukan anak ke hospital sehingga berumur 1 tahun (Ods terlaras 3.769, 95% SK: 2.070 – 6.860) adalah faktor peramal dan penyumbang kepada ASD. Elemen utama iaitu pengetahuan, persepsi dan juga amalan terhadap bahan sentuh makanan yang berasaskan plastik didapati tidak menyumbang kepada kejadian ASD. Walau bagaimana pun, didapati pengetahuan responden terhadap bahan sentuh makanan berasaskan plastik adalah rendah dan mempunyai markah persepsi yang rendah. Amalan pemakaian bekas plastik yang tidak sesuai juga diamalkan oleh responden. Ini meningkatkan risiko terhadap masalah kesihatan yang boleh didapati dari pendedahan sebatian pengganggu endokrin tersebut. Adalah penting untuk memperbetulkan persepsi dan amalan masyarakat melalui penyampaian maklumat yang tepat dalam penggunaan barangan sentuh makanan yang berasaskan plastik. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | Fakulti Perubatan, UKM, Kuala Lumpur | en_US |
dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Child Development Disorders, Pervasive | en_US |
dc.subject | Academic Dissertations as Topic | en_US |
dc.title | Gangguan Spektrum Autisme Dan Hubungannya Dengan Bahan Sentuh Makanan Berasaskan Plastik: Kajian Kes - Kawalan | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 200 | en_US |
dc.format.degree | Ijazah Doktor Kesihatan Masyarakat | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
DR ZALEHA BINTI MD NOR (1)- Full.pdf Restricted Access | 2.51 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.