Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390577
Title: al-Surah al-Bayaniyyah fi al-Tardiyyat wa al-Khamriyyat fi Diwan Abi Nuwas : Dirasah Balaghiyyah Naqdiyyah
Other Titles: Rhetorical illustration of al-tardiyyat and al-khamriyyat in the anthology of Abu Nuwas :a rhetorical comparative study
Authors: al-Jazaeri, Yousef Azzoz Yousef (P72497)
Supervisor: Zamri Arifin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Abu Nuwas, -- approximately 756-approximately 810. -- Diwan
Arabic poetry
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Sep-2022
Abstract: Al-Tardiyyat dan al-Khamriyyat adalah antara tema puisi yang berposisi istimemwa dalam puisi Arab. Ia keistimewaannya lebih terserlah dalam puisi Abu Nuwas. Jarang sekali ditemui penyelidikan yang memperkaitkan antara dua tema ini dengan ilustrasi bayani yang menjadi wadah pemaparan ciri retorik dan kesenian. Walaupun kajian kualitatif khusus dalam bidang ini amat kurang, namun kajian retorik kritis ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh politik, sosial dan budaya dalam pembinaan al-Tardiyyat dan al-Khamriyyat dalam puisi Abu Nuwas, di samping melihat peringkat sejarah yang dilalui oleh kedua-dua tema ini. Kajian ini juga bertujuan untuk memantau kaedah retorik dan ciri kesenian yang terpenting yang memaparkan ilustrasi bayani dalam dua tema al-Tardiyyat dan al-Khamriyyat Abu Nuwas. Metode induktif deskriptif diguna untuk mengkaji teks puisi daripada Antologi Puisi Abu Nuwas khususnya teks al-Tardiyyat dan al-Khamriyyat. Ia dianalisis menggunakan metode analisis deskriptif. Kajian ini memaparkan era kehidupan Abu Nuwas dari sudut politik, sosial dan budaya dan kesannya terhadap pembentukan hasil karya beliau. Kajian juga mendedahkan kewujudan peringkat yang berbeza yang dilalui oleh setiap tema al-Tardiyyat dan al-Khamriyyat. Akhirnya, kajian ini mendapati bahawa perubahan budaya, sosial dan persekitaran boleh menyumbang kepada pembinaan ilustrasi bayani antara al-Tardiyyat dan al-Khamriyyat; di mana ilustrasi bayani dalam al-Tardiyyat cenderung kepada aspek pergerakan dan perpindahan, manakala dalam al-Khamriyyat ia cenderung kepada ketenangan dan kurang pergerakan. Bahasa puitis ilustrasi bayani dalam al-Tardiyyat bersesuaian dengan masyarakat kelas atasan, manakala dalam al-Khamriyyat pula, ia serasi dengan masyarakat kelas pertengahan. Kajian ini juga menonjolkan kreativiti dan keunikan Abu Nuwas dalam penggunaan ilustrasi bayani secara retorik dan artistik yang tepat dan pelbagai demi menyerlahkan tema puisinya. Kajian ini mampu menambah sudut pandang baharu dalam menilai puisi al-Tardiyyat dan al-Khamriyyat Abu Nuwas, di samping memberikan sinar kepada kajian retorik dan kritis untuk mencari cara dan kaedah baharu membincangkan tema-tema puisi. Kajian juga menyumbang kepada kaedah melihat ilustrasi bayani dari sudut yang berbeza dan baharu.
Pages: 250
Call Number: PJ7808.N8J339 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Rhetorical illustration of al-tardiyyat and al-khamriyyat in the anthology of Abu Nuwas :a rhetorical comparative study.pdf
  Restricted Access
Full-text2.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.