Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390575
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ashraf Ismail, Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohammad Syahrol Azmil Mohamad Sani (P101643) | - |
dc.date.accessioned | 2023-05-02T00:40:26Z | - |
dc.date.available | 2023-05-02T00:40:26Z | - |
dc.date.issued | 2022-09-15 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390575 | - |
dc.description.abstract | Institusi pengajian pondok merupakan institusi pendidikan Islam yang bersifat tradisional yang berperanan dalam membentuk akhlak dalam kalangan pelajar. Institusi pondok di Malaysia semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat awam khususnya ibu bapa yang berminat untuk memberikan anak-anak mereka pentarbiahan dari sudut rohani dan jasmani ke arah yang lebih baik. Namun begitu, Pondok Baitul Qurro' memainkan peranannya dalam usaha memberi pentarbiahan sahsiah kepada para pelajar untuk membentuk akhlak mulia dalam diri seseorang itu tatkala menempuhi cabaran zaman globalisasi pada masa kini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti latar belakang perkembangan Pondok Baitul Qurro' sebagai institusi yang berperanan dalam pentarbiahan akhlak yang relevan pada masa kini. Kajian yang dilakukan ini juga bertujuan untuk melihat metode dan amalan-amalan yang dilakukan oleh para pelajar Pondok Baitul Qurro' sebagai individu yang mempunyai akhlak yang mulia. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes, dengan memperolehi data melalui kaedah analisis dokumen dan juga kaedah pemerhatian. Data yang diperolehi daripada kaedah tersebut seterusnya dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa sistem metode dan juga amalan yang digunakan di Pondok Baitul Qurro' mampu membentuk akhlak yang mulia. Pondok Baitul Qurro' masih lagi mengekalkan elemen-elemen kepondokan tradisional yang mendorong kepada peranan dalam pembentukan akhlak pelajar iaitu talaqqi, tafaqquh, itqan, munazarah, dan metode sufiah, Pembelajaran kitab-kitab turath, dan juga konsep asas pembelajaran pondok. Di samping itu, amalan yang dapat membantu para pelajar Pondok Baitul Qurro' dalam proses pengisian jiwa adalah seperti amalan solat berjemaah, latihan praktikal imam, zikir dan wirid, penghayatan al-Quran, dan amalan khidmat. Tambahan lagi, Pondok Baitul Qurro' juga telah berfungsi sebagai pusat pengajian Islam, pusat kegiatan keagamaan masyarakat dan sosial, pusat pentarbiah insan, rohani serta ibadah, dan usaha dakwah mudir. Maka kajian ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa institusi pengajian pondok mampu membentuk akhlak pelajar serta masih relevan kepada seluruh lapisan masyarakat setanding dengan institusi pendidikan formal pada masa kini. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Madrasahs -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Religious institutions -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Islam -- Study and teaching -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Islamic ethics | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Peranan pondok Baitul Qurro' Melaka dalam pembentukan akhlak pelajar | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 212 | en_US |
dc.identifier.callno | LC904.M834 2022 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 6989 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pengajian Islam | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Peranan pondok Baitul Qurro' Melaka dalam pembentukan akhlak pelajar.pdf Restricted Access | Full-text | 5.51 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.