Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390570
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zaini Nasohah, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohamad Omar Mansu (P101632) | - |
dc.date.accessioned | 2023-05-02T00:33:52Z | - |
dc.date.available | 2023-05-02T00:33:52Z | - |
dc.date.issued | 2022-09-28 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390570 | - |
dc.description.abstract | Pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah nafkah sering menjadi topik perbincangan yang tidak pernah reda di mahkamah syariah. Bagi memastikan kepatuhan terhadap perintah nafkah, beberapa alternatif boleh dipohon bagi menguatkuasakan perintah nafkah antaranya perintah komital. Kajian ini bertujuan mengkaji hukum penjara kerana ingkar perintah nafkah dari aspek maṣlaḥah dan mafsadah. Kajian ini juga mengkaji peruntukan undang-undang berkaitan perintah komital dan prosedurnya kerana ingkar perintah nafkah serta mengkaji potensi dan cabaran dalam menguatkuasakan perintah komital kerana ingkar perintah nafkah di Mahkamah Syariah Selangor. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Data dikumpul melalui metode analisis dokumen dan temubual separa berstruktur. Data yang diperolehi dari analisis dokumen dianalisis secara induktif, manakala data dari temubual separa berstruktur pula dianalisis dengan menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian mendapati perintah komital mempunyai maṣlaḥah dan mafsadah yang bergantung kepada situasi, namun maṣlaḥah yang terhasil dari perintah komital kerana ingkar perintah nafkah lebih besar dari mafsadah. Hasil kajian turut menunjukkan terdapat kelompangan dalam peruntukan undang-undang perintah komital iaitu pada seksyen 151 (1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Selangor kerana tidak dinyatakan tempoh pemenjaraan di dalam seksyen tersebut selain kelompangan dari sudut permohonan kes yang terpaksa dipohon secara berasingan dimana terdapat situasi pemohon perlu memohon perceraian dan nafkah secara berasingan. Hasil kajian juga mendapati perintah komital berkesan dalam menghadapi pihak yang culas membayar nafkah dan berpotensi untuk mendapatkan kembali bayaran nafkah yang tertunggak. Namun, terdapat cabaran-cabaran dalam menguatkuasakan perintah komital seperti sikap pihak-pihak, kelompongan undang-undang, kelemahan penguatkuasaan perintah, bayaran fi yang mahal dan tempoh perbicaraan. Kajian ini memberi implikasi kepada pengamal dan penggubal undang-undang di Selangor bagi menambah baik dari sudut peruntukan dan penguatkuasaan perintah komital kerana ingkar perintah nafkah. Kajian ini juga turut membantu memberi informasi terkini kepada pihak pemohon mengenai peruntukan dan penguatkuasaan perintah berkaitan nafkah. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Domestic relations (Islamic law) -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Potensi dan cabaran perintah komital kerana ingkar perintah nafkah di Mahkamah Syariah Negeri Selangor | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 207 | en_US |
dc.identifier.callno | BP158.D6M836 2022 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 006983 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pengajian Islam | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Potensi dan cabaran perintah komital kerana ingkar perintah nafkah di Mahkamah Syariah Negeri Selangor.pdf Restricted Access | Full-text | 2.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.