Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390569
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Faizulamri Mohd Saad, Dr.-
dc.contributor.authorHadfina Muhammad Haron Husaini (P98354)-
dc.date.accessioned2023-05-02T00:32:42Z-
dc.date.available2023-05-02T00:32:42Z-
dc.date.issued2022-09-05-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390569-
dc.description.abstractMajlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan telah dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sejak tahun 1980. Musabaqah Hafazan al-Quran ini merupakan salah satu platform untuk huffāz dalam menjaga hafazan mereka. Walaubagaimanapun, terdapat peserta hafazan yang tidak begitu menguasai tajwid, kelancaran, lagu dan persembahan serta soalan tafsir dengan baik. Kajian berbentuk kualitatif ini dilakukan untuk mengkaji amalan pemenang hafazan al-Quran dalam musabaqah tahfiz al-Qurān. Pemenang hafazan al-Quran dalam musabaqah tahfiz ini merujuk kepada peserta yang telah mendapat johan dalam musabaqah tersebut. Kajian tentang amalan pemenang musabaqah tahfiz ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara lebih mendalam tentang amalan yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas musabaqah. Ciri keperibadian sebagai seorang huffāz turut dibincangkan kerana ia penting dalam melahirkan huffāz yang memelihara dan mengekalkan hafazan dalam ingatan mereka. Seramai enam orang pemenang musabaqah tahfiz al-Quran dipilih sebagai peserta di dalam kajian ini. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes bagi memperoleh data kajian melalui temubual dan analisis dokumen menggunakan perisian Atlas.ti 9. Secara keseluruhannya, didapati kesemua peserta telah membuat persediaan yang baik sebelum menyertai musabaqah tahfiz. Begitu juga amalan yang dilakukan semasa musabaqah didapati kesemua peserta memberikan komitmen yang jitu sepanjang musabaqah. Amalan pemenang dalam musabaqah tahfiz juga didapati bersesuaian dengan usaha untuk memastikan berlakunya proses pengekalan hafazan dalam ingatan para hāfiz dan hāfizah. Berdasarkan kepada kaedah hafazan yang menjadi amalan pemenang musabaqah ini didapati kaedah tasmik adalah kaedah yang masyhur digunakan semasa proses menghafaz. Berkaitan dengan ciri keperibadian yang menjadi amalan pemenang hafazan ini menunjukkan bahawa mereka telah mengamalkan ciri keperibadian yang terpuji sesuai untuk dijadikan contoh kepada orang lain. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan khas kepada peserta musabaqah tahfiz al-Quran dan huffāz secara umumnya. Implikasi daripada kajian ini memberi panduan dan inspirasi kepada peserta-peserta musabaqah tahfiz al-Quran.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectHafiz -- Malaysiaen_US
dc.subjectQurʼan -- Memorizingen_US
dc.subjectQurʼanic recitationsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleAmalan baik pemenang majlis hafazan al-Quran anjuran JAKIMen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages115en_US
dc.identifier.callnoBP131.6.H333 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode006983en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Amalan baik pemenang majlis hafazan al-Quran anjuran JAKIM.pdf
  Restricted Access
Full-text2.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.