Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390527
Title: | Majlis Anugerah Sanjungan Kencana Fakulti Perubatan 2022 |
Authors: | Mohd Ekhwan Hj Toriman |
Keywords: | Pengiktiran Fakulti Perubatan |
Issue Date: | 21-Jul-2022 |
Description: | Pencapaian warga fakulti telah terbukti bukan sahaja di peringkat kebangsaan malahan menjangkau ke arena antarabangsa. Ahli fakulti telah dilantik ke pelbagai jawatan oleh Majlis Perubatan Malaysia dan Akademi Perubatan Malaysia berdasarkan kepakaran di dalam bidang masing-masing; dilantik sebagai Fellow, Academy of Science Malaysia, Pengerusi, Lung Foundation of Malaysia, Ahli Penyelidik bagi Kajian Kerelevanan Program Akademik Berasaskan Keperluan Guna Tenaga Kerja Negara. Kepakaran warga Fakulti juga telah diikiraf dengan penglibatan dalam penghasilan Garispanduan Imunisasi Covid19, Kementerian Kesihatan Malaysia, Ahli Panel Penasihat Vaksinasi Untuk Covid 19 di Kalangan Remaja di Malaysia dan sebagai Ketua Jawatankuasa, Pengwujudan ‘Position Statement” Berkaitan Vaksinasi untuk Covid-19 di Kalangan Kanak-kanak di Malaysia. Di peringkat antarabangsa, warga fakulti terlibat sebagai Jawatankuasa bagi Human Genome Organisation (HUGO) Education Committee, Member of the Peer Review Group for Stroke (WHO Rehabilitation Stroke Program), dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakultas Kedokteran Universitas Airlangga, profesor pelawat, Universitas Diponegoro, Indonesia dan sebagainya. Terdapat juga warga yang tersenarai di Elsevier Top 2% Scientist, Prof. Madya Dr. Chin Kok Yong yang telah diiktiraf sebagai World Expert in Bone and Bones oleh Expertscape PubMed, YBhg Prof Dr Cheah Fook Choe sebagai Sidang Pengarang Frontiers in Pediatrics, dan tidak dilupakan YBhg. Profesor Dr Raja Affendi Raja Ali, sebagai Presiden Asian Pacific Digestive Week 2021 yang telah berjaya menganjurkan persidangan digestive terbesar di Asia dengan kehadiran sebanyak 2340 peserta dari lebih 60 negara. Baru-baru ini juga, pada 23 Jun 2022, UKM, khasnya, Fakulti Perubatan UKM dan Sunway University telah mencapai kata sepakat untuk berkerjasama sebagai rakan strategik Public – Private University dalam menangani cabaran kesihatan global dengan mewujudkan Pandemic Resilience Institute untuk menangani masalah kesihatan global secara lebih holistik. |
Pages: | 3 |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390527 |
Appears in Collections: | Speeches / Teks Ucapan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
1 JULAI 2022-TEKS VC-Majlis ASK 2022 Fak Perubatan.pdf Restricted Access | 361.9 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.