Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390233
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMasne Kadar, Prof. Madya. Dr.-
dc.contributor.authorFarah Samsu Rahman (P94430)-
dc.date.accessioned2023-04-10T07:35:37Z-
dc.date.available2023-04-10T07:35:37Z-
dc.date.issued2023-01-30-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390233-
dc.description.abstractAyres Sensory IntegrationÒ (ASI) merupakan satu pendekatan sensori yang digunakan oleh ahli terapi cara kerja (ATCK) dan mempunyai bukti keberkesanan yang berkembang dalam kefungsian individu dengan Gangguan Spektrum Autisme (ASD). Terdapat 3 Fasa dalam kajian ini. Fasa 1 melibatkan kesahan dan kebolehpercayaan ke atas borang soal selidik yang dibangunkan dan kajian survei keratan rentas ke atas 161 orang ATCK di Malaysia bagi mengenalpasti praktis terkini ASI. Fasa 2 merupakan kajian eksperimen bagi mengetahui kesan terapi ASI terhadap keupayaan pemprosesan sensori dan motor, tingkah laku adaptif dan matlamat pencapaian individu kepada 66 orang kanak-kanak dengan ASD. Fasa 3 melibatkan temu ramah secara bersemuka dan mendalam ke atas 7 orang ibu bapa kepada kanak-kanak dengan ASD yang telah menjalani ASI bagi mengenalpasti persepsi mereka terhadap kesan ASI. Dapatan Fasa 1 cemerlang dalam sub-skala I-CVI (julat antara 0.86 dan 1.00) dan S-CVI/Ave (0.97) dengan subskala S-CVI diantara 0.75 dan 1.00. Kebolehpercayaan dalaman Cronbach’s alpha ialah 0.80, manakala kebolehpercayaan ulang uji ICC pada 0.80–0.95. Maklumbalas survei sebanyak 161 dimana responden menyatakan mereka mempunyai kompetensi sederhana dan menunjukkan minat mendalam dalam mengimplementasikan ASI. Hampir kesemua aspek ASI dipraktikkan. Majoriti responden patuh kepada proses elemen dan keputusan menunjukkan tiga aspek ruang fizikal dibawah elemen struktur tidak boleh dipatuhi oleh kebanyakan ATCK. Dapatan kajian Fasa 2 menunjukkan terdapat tiga kesan signifikan dengan kumpulan intervensi SI dan kumpulan kawalan yang diukur dengan Sensory Processing Measure (F(1, 64)=7.05, p=0.01, ηp2=0.099), Vineland Adaptive Behavior Scales, edisi ke-3 (F(1, 64)=18.59, p<0.05, ηp2=0.225), Goal Attainment Scale (F(1, 64)=11.51, p=0.001, ηp2=0.152). Manakala Bruininks-Oseretsky Test of Motor Profiency, edisi ke-2 menunjukkan tiada kesan signifikan (F(1, 64)=3.2, p=0.08, ηp2=0.048) kumpulan intervensi ASI berbanding kumpulan kawalan (intervensi sedia ada). Terdapat tiga tema terhasil dalam fasa terakhir iaitu, impak dalam kehidupan, pengalaman membesarkan dan harapan terhadap anak dengan ASD. Pematuhan kepada elemen-elemen ASI penting bagi memastikan keberkesanan. Penambahbaikan dalam menyediakan latihan mencukupi bagi ATCK dan fasiliti yang sesuai bagi melakukan intervensi merupakan langkah awal yang boleh diambil agensi berkaitan bagi memastikan keberkesanan intervensi ASIen_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectAutism Spectrum Disorderen_US
dc.subjectSensory Motor Performanceen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKeberkesanan pendekatan ayres sensory integration terhadap kanak-kanak dengan gangguan spektrum autismen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages493en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Falsafah Sains Kesihatanen_US
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Keberkesanan pendekatan ayres sensory integration terhadap kanak-kanak dengan gangguan spektrum autism
  Restricted Access
Full-text8.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.