Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390189
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSuzana Makpol, Prof Dr.-
dc.contributor.advisorNorwahidah Abdul Karim, Dr.-
dc.contributor.authorAzraul Mumtazah Razak-
dc.date.accessioned2023-04-06T06:56:08Z-
dc.date.available2023-04-06T06:56:08Z-
dc.date.issued2015-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390189-
dc.description.abstractOtot merupakan organ yang penting untuk adaptasi dan kemandirian terhadap rangsangan persekitaran seperti pertumbuhan, kecergasan dan kecederaan. Proses berperingkat pembentukan serat otot dikenali sebagai miogenesis dan boleh dimodulasikan oleh pelbagai komponen diet pada tahap selepas transkripsi. Serat otot terdiri daripada mioblas yang tercantum yang bertindak sebagai komponen utama untuk pertumbuhan otot. MyomiR adalah mikroRNA yang terdapat pada otot yang berfungsi mengawalatur gen-gen yang terlibat dalam pembezaan otot. Kelebihan fraksi kaya tocotrienol (TRF) minyak sawit yang mengandungi isomer vitamin E (α-, β-, γ-, δ-tokotrienol and α-tokoferol) dalam menghalang penuaan telah terbukti. Walau bagaimanapun terdapat laporan yang terhad mengenai kesannya terhadap miogenesis. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti fungsi pengawalaturan TRF terhadap myomiR (miR-133b, miR-206 dan miR-486) dan gen-gen miogenik semasa penuaan replikatif sel mioblas manusia. Mioblas otot skelet manusia (HSMM) dikultur sehingga mencapai gandaan populasi 14 (muda) dan 21 (senesen). Sel mioblas telah dirawat dengan 50 𝜇g/mL TRF selama 24 jam sebelum dan selepas aruhan pembezaan. Kesan TRF terhadap pembezaan mioblas dikira menggunakan indeks pelakuran dan luas kawasan miotiub berdasarkan pencerapan pewarnaan pendarfluor. Asai mikroRNA Taqman® digunakan untuk memprofil aras pengekspresan myomiR. Real time RT-PCR satu langkah digunakan untuk menentukan dan mengira pengekspresan gen-gen mioblas. Kesemua parameter direkodkan dalam jangkamasa 24 jam (hari pertama), 56 jam (hari ketiga) dan 104 jam (hari kelima). Hasil kajian menunjukkan indeks pelakuran dan luas kawasan miotiub meningkat pada hari ketiga dan kelima berbanding hari pertama pembezaan. Penuaan menyebabkan penurunan kadar pembezaan seperti penurunan indeks pelakuran dan luas kawasan miotiub pada kumpulan senesen (p<0.05) pada hari ketiga dan kelima berbanding hari pertama. Rawatan TRF meningkatkan secara signifikan pembezaan mioblas kepada miotiub dengan meningkatkan indeks pelakuran dan luas kawasan miotiub pada hari pertama, ketiga dan kelima pembezaan pada kedua-dua kumpulan muda dan senesen tetapi tiada perbezaan signifikan diperhatikan pada luas kawasan miotiub pada hari kelima pada kumpulan muda. Kumpulan senesen menunjukkan peningkatan pengekspresan miR-206, miR-486, MYOD, MYOG dan Myf5 manakala pengekspresan gen sasaran miR-206 dan miR-486 iaitu PTEN dan PAX7 telah menurun. Di samping itu, ekspresi gen sasaran miR-133b, IGF1R meningkat semasa awal pembezaan dan menurun pada akhir pembezaan pada kumpulan senesen. Pada kumpulan muda, TRF merangsang pembezaan dengan memodulasi pengekspresan miR-133b dan miR-206. Rawatan TRF menurunkan pengekspresan PTEN dan PAX7 manakala pengekspresan MYOD, MYOG dan Myf5 meningkat. Kesimpulannya, TRF berpotensi sebagai agen penggalak pembezaan mioblas dengan meningkatkan indeks pelakuran dan luas permukaan miotiub di samping meningkatkan ekspresi faktor transkripsi dan gen-gen yang dikawalatur oleh miR-133b, miR-206 dan miR-486.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherFakulti Perubatan, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMuscle Developmenten_US
dc.subjectAcademic Dissertations as Topicen_US
dc.titlePenyasaran MYOMIR Oleh Fraksi Kaya Tokotrienol Untuk Penggalakan Pembezaan Ototen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages39en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatanen_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
AZRAUL MUMTAZAH BINTI RAZAK_Done.pdf
  Restricted Access
1.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.