Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390034
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nur Najmi Mohamad Anuar, Dr. | - |
dc.contributor.author | Prasanthini Nahendran (P108789) | - |
dc.date.accessioned | 2023-03-16T23:18:56Z | - |
dc.date.available | 2023-03-16T23:18:56Z | - |
dc.date.issued | 2023-02-06 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390034 | - |
dc.description.abstract | Transfusi sel darah merah (RBC) adalah terapi dan rawatan yang dapat menyelamatkan nyawa bagi pelbagai jenis penyakit. Pesakit hepatobiliari adalah salah satu golongan yang memerlukan transfusi secara berkala. Transfusi berkala ini boleh menyumbang kepada alloimunisasi dan seterusnya pembentukan alloimunisasi. Dalam keadaan sepertiini, terapi transfusi menjadi sangat rumit kerana alloimunisasi ini menyukarkan pencarian unit darah yang serasi. Objektif kajian ini bertujuan untuk menganalisis alloimunisasi sel darah merah dalam kalangan pesakit hepatobiliari yang menerima transfusi berulang di Hospital Selayang, Selangor,Malaysia. Kajian keratan rentas telah dijalankan dari Februari 2021 hingga September 2021 dengan sejumlah 132 sampel daripada pesakit hepatobiliari. Daripada keseluruhan sampel 89 (67.4%) pesakit mengalami pembentukan alloantibodi. Majoriti mempunyai alloantibodi tunggal (65.2%), manakala selebihnya (34.8%) mempunyai alloantibodi berganda. Daripada jumlah 89 pesakit hepatobiliari, 74% membentuk alloantibodi yang signifikan secara klinikal manakala 26.0% menghasilkan antibodi yang tidak signifikan secara klinikal. Alloantibodi yang paling kerap dikenal pasti ialah anti-E (37.6%), anti-c (12.8%) dan anti-Mia (14.4%), diikuti oleh anti-Kidd (11.2%). Antibodi terhadap sistem Rh adalah yang paling kerap ditemui dengan 73 daripada 125 alloantibodi (58.4%). Insiden alloimunisasi tertinggi dalam kalangan kaum wanita (69.8%). Analisis data menunjukkan tertinggi lingkungan umur >50 tahun mencatatkan (71.9%) kes pembentukan alloimunisasi yang paling tinggi berbanding umur 18-25 tahun (1.1%). Di samping itu, pesakit yang menerima transfusi <6 unit darah mengalami alloimunisasi majoriti (65.8%). Namun tiada hubungan yang signifikan di antara faktor demografik tersebut dengan kes alloimunisasi. Pesakit yang menerima transfusi >10 unitmengalami penghasilan alloimunisasi secara keseluruhan (100%). Data juga menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan (p<0.05) di antara kekerapan transfusi dan kes alloimunisasi. Tiga pembolehubah (jantina, umur, dan sejarah transfusi) telah dipilih untuk menganalisa pembentukan alloimunisasi RBC dalam pesakit hepatobiliari transfusi yang disahkan melalui kaedah binari logistik regresi. Kajian ini menekankan kepentingan ujian imunohematologi sebelumpemindahan darah untuk meminimumkan risiko reaksi hemolitik transfusi dalam kalangan pesakit yang menerima transfusi berganda. Oleh itu, ujian fenotip adalah disarankan untuk mengenalpasti ekspresi antigen RBC penderma. Kaedah ini dapat mengelakkan penghasilan alloantibodi sekaligus dapat mengurangkan risiko alloimunisasi | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Digestive System Diseases | en_US |
dc.subject | Hepatobiliary Diseases | en_US |
dc.subject | Isoantibodies | en_US |
dc.subject | Alloantibodies | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Penentuan alloimunisasi dalam kalangan pesakit hepatobiliari yang menerima transfusi sel darah merah padat berulang di Hospital Selayang | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 96 | en_US |
dc.format.degree | Ijazah Sarjana Sains Kesihatan | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Penentuan alloimunisasi dalam kalangan pesakit hepatobiliari yang menerima transfusi sel darah merah padat berulang di Hospital Selayang Restricted Access | Full-text | 4.19 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.