Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390021
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorfilza Mohd Mokhtar, Prof Dr.-
dc.contributor.advisorMohd Nasir Shafiee, Prof Dr.-
dc.contributor.advisorNorhazlina Abd Wahab, Dr.-
dc.contributor.authorSheril June Ankasha Mohamed Rusli-
dc.date.accessioned2023-03-15T01:30:15Z-
dc.date.available2023-03-15T01:30:15Z-
dc.date.issued2021-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390021-
dc.description.abstractKanser ovari epitelium serus bergred tinggi (HGSC) merupakan kanser ginekologi yang mempunyai cabaran klinikal yang tinggi untuk dikenalpasti pada peringkat awal dan menyebabkan kanser ini mempunyai kadar maut yang tinggi dengan ciri metastasis. Namun, jika diagnosis awal dapat dilakukan, rawatan awal dapat diberikan dan membantu meningkatkan kadar kemandirian pesakit. RNA kecil yang tidak mengkodkan protein, juga dikenali sebagai mikroRNA (miRNA) telah dilaporkan bertindak sebagai pengawalaturan major dalam pelbagai kanser bermetastasis melalui pengawalaturan pengekspresan gen sasaran pada motif perlekatan transkrip. Berdasarkan kajian mikroatur yang telah dilaporkan, miR-200c didapati berekspresi tinggi di dalam sampel klinikal kanser ovari serus berbanding ovari normal. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti mekanisme pengawalaturan miR-200c-3p terhadap gen sasaran pada perkembangan dan metastasis HGSC. Analisis in silico menunjukkan gen deleted in liver cancer-1 (DLC-1) merupakan antara gen sasaran bagi miR-200c-3p di dalam HGSC. Dengan menggunakan qRT-PCR, aras pengekspresan relatif miR-200c-3p didapati tinggi secara signifikan pada peringkat awal dan akhir pada sampel klinikal HGSC berbanding kawalan (p<0.0001). Manakala, aras pengekspresan relatif gen DLC-1 didapati rendah secara signifikan pada peringkat awal (p<0.0001) dan akhir (p<0.01) sampel HGSC berbanding kawalan. Berdasarkan analisis korelasi Spearman’s, terdapat korelasi negatif di antara miR-200c-3p dan gen DLC-1 secara signifikan (p<0.01) di dalam sampel klinikal. Ujian pengawalaturan miR200c-3p terhadap gen DLC-1 dan penanda peralihan epitelium-mesenkima atau penanda peralihan mesenkima-epitelium (EMT/MET) diteruskan di dalam dua titisan sel HGSC, iaitu CAOV3 dan SKOV3 dengan menggunakan qRT-PCR. Ekspresi miR200c-3p yang tinggi di dalam sel selanjar HGSC dikaitkan dengan penurunan pengekspresan gen DLC-1 (p<0.001) dan penanda mesenkima, gen vimentin, VIM (p<0.0001) secara signifikan. Perkara sebaliknya berlaku pada pengekspresan penanda epitelium, gen E-cadherin, CDH1 yang mana ianya di dapati tinggi secara signifikan (p<0.01). Berdasarkan analisis in silico, terdapat dua tapak perlekatan putatif pada kawasan 3’ tidak translasi (3’UTR) gen DLC-1. Untuk mengenalpasti tapak sasaran miR-200c-2p pada kawasan (3’UTR) gen DLC-1, vektor yang mengandungi tapak perlekatan ditransfeksi-bersama mimik miR-200c-2p ke dalam titisan sel SKOV3 dan diteruskan dengan asai luciferase. Motif perlekatan disahkan pada posisi 1367 hingga 1374 pasangan bes 3’UTR pada transkrip DLC-1 melalui perencatan aktiviti luciferase secara signifikan berbanding kawalan (p<0.0001). Namun, tiada penurunan pada aktiviti luciferase yang dihasilkan pada asai yang menggunakan motif perlekatan bermutasi. Kesimpulannya, hasil kajian ini menunjukkan pengawalaturan pascatranskrip miR-200c-3p terhadap pengekspresan gen DLC-1 adalah melalui perlekatan langsung pada kawasan 3’UTR dan seterusnya memberi kesan pada biologi HGSC bermetastasis. Oleh yang demikian, miR-200c-3p berpotensi sebagai penanda dalam perkembangan HGSC serta mampu menjadi sasaran terapeutik pada pesakit HGSC.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherFakulti Perubatan, UKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectOvarian Neoplasmsen_US
dc.subjectAcademic Dissertations as Topicen_US
dc.titlePengawalaturan MIR-200C-3P Dalam Kanser Ovari Serus Bergred Tinggi Peringkat Lanjuten_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages202en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Falsafah (Fisiologi)en_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
SHERIL JUNE ANKASHA BINTI MOHAMED RUSLI-LATEST.pdf
  Restricted Access
3.54 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.