Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390009
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Adzimah Johdi, Dr.-
dc.contributor.authorNur Fazilah Sukor-
dc.date.accessioned2023-03-13T04:15:23Z-
dc.date.available2023-03-13T04:15:23Z-
dc.date.issued2021-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390009-
dc.description.abstractPer ARNT Sim Domain containing 1 (PASD1) ialah antigen kanser-testis yang tidak terekspres pada tisu normal kecuali dalam tisu testis dan kanser. Kespesifikannya menjadikan PASD1 sebagai sasaran imunoterapeutik yang menarik. Terdapat dua transkrip dan isofom protein PASD1 iaitu PASD1_v1 yang mengekod asid amino 639 (PASD1-1) dan PASD1_v2 mengekod asid amino lebih panjang iaitu 773 (PASD1-2) yang disebabkan oleh penyambungan alternatif. Tujuan penyelidikan ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti ekspresi PASD1 dalam pesakit kanser kolorektal (CRC) dan polip kolorektal (polip), mengenalpasti keimunogenan peptida PASD1, mengkaji kesan sel T pesakit CRC yang dikultur dengan peptida PASD1 terhadap titisan sel CRC dan mengkorelasi hasil kajian dengan data klinikal. 90 sampel daripada 3 kumpulan iaitu CRC (n=60), polip (n=17) dan sampel kawalan (n=13) digunakan dalam kajian ini. RNA diekstrak daripada tisu formalin paraffin terbenam (FFPE) dan dikuantitikan menggunakan teknik tindak balas berantai polimerase masa nyata. Keratan tisu FFPE diwarnakan dengan pewarnaan imunohistokimia oleh antibodi PASD1a dan PASD1b. Sel mononukleus darah periferi pesakit yang sama juga dikultur dengan tiga peptida PASD1 melalui asai immunobintik berpaut enzim. Empat pesakit CRC yang menunjukkan respon imun tertinggi dipilih untuk asai sitolitik dan asai sitokin. Data klinikal dikumpulkan dan dianalisis sewajarnya. Hasil kajian menunjukkan mRNA PASD1_v2 merupakan yang tertinggi diekspres dalam CRC (46.0%) dan 33.3% dalam polip. Ekspresi protein PASD1-1 dan PASD1-2 telah merekodkan sebanyak 31.7% dalam CRC dan 29.4% dalam polip manakala hanya 3.3% PASD1-2 diekspres dalam CRC dan tiada ekspresi PASD1-2 dikenalpasti dalam polip. Keamatan pewarnaan adalah antara positif lemah sehingga positif sederhana dalam sitoplasma dan/atau nukleus. Respon imun terhadap peptida PASD1 juga dikesan dalam 13 orang pesakit CRC. Peptida PASD1(1) dikenalpasti paling imunogenik dalam CRC manakala PASD1(3) dalam polip. Satu daripada empat sampel CRC menunjukkan kesan kesitotoksian terhadap titisan sel berekspresi PASD1, SW480. Data demografi pesakit yang mungkin mendapat manfaat rawatan imunoterapi peptida PASD1 ialah wanita berusia lebih 60 tahun, berketurunan Cina, didiagnos dengan tumor di rektosigmoid pada peringkat akhir. Hasil kajian mencadangkan tentang potensi PASD1 sebagai sasaran imunoterapeutik untuk merawat pesakit kanser kolorektal yang berekspresi PASD1. Ini ialah kajian pertama menerangkan tentang respon positif CD4 sel T terhadap pesakit kanser kolorektal yang positif dengan ekspresi PASD1.en_US
dc.language.isoenen_US
dc.publisherUKM Medical Molecular Biology Institute Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpuren_US
dc.relationUKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)en_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectColorectal Neoplasms--therapyen_US
dc.subjectTesticular Neoplasmsen_US
dc.subjectAcademic Dissertations as Topicen_US
dc.titlePASD1 Expression and CD4 T Cell Response In Colorectal Cancer And Polyps Patients At UKM Medical Centreen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages186en_US
dc.identifier.callnoQU20.N974p 2021 9HUKMPRA tesisen_US
Appears in Collections:UKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
NUR FAZILAH BINTI SUKOR.pdf
  Restricted Access
7.96 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.