Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389962
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Syukri Yeoh Abdullah, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorShahrul Hilmi Othman-
dc.date.accessioned2023-03-01T22:09:53Z-
dc.date.available2023-03-01T22:09:53Z-
dc.date.issued2022-09-01-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389962-
dc.description.abstractMir’āt al-Tullab merupakan kitab fiqah yang mencakupi perbahasan muamalat,berbahasa Melayu ditulis beraksara jawi tulisan tangan. ianya dihasilkan pada abad ke- 17 Masihi dan disebar luas ke melalui kaedah penyalinan. Namun kini, kitab Mir’āt al- Tullab dalam bentuk manuskrip lama, sukar dibaca, tidak mempunyai nombor pada setiap halaman, terdapat manuskrip yang tidak lengkap dan tulisan kabur kerana dakwat kembang, ada mengalami kerosakan halaman, tulisan yang tidak kemas, manuskrip berlubang dan setiap manuskrip ditemui tidak dinyatakan pengarang teks. Jesteru itu, terdapat sarjana yang meragukan pengarang teks. Persoalannya ialah Siapa nama pengarang, judul dan jumlah naskhah Mir’āt al-Tullab. Adakah perbahasan muamalat dalam Mir’āt al-Tullab dapat dibaca dan difahami oleh masyarakat masa kini. Oleh itu, untuk mengisi kelompangan akademik, objektif kajian ini untuk menyalin semula riwayat hidup pengarang kitab Mir’āt al-Tullab dengan menghubungkan daripada pelbagai sumber rujukan. Untuk menemukan naskhah manuskrip dari pelbagai sumber untuk menyimpulkan judul dan naskhah sebenar kitab Mir’āt al-Tullab. Menghasilkan bentuk perumian dan pentahkikan untuk menyusun semula perbahasan muamalat dalam Mir’āt al-Tullab. Melalui kaedah tahkik, sebanyak 47 naskhah manuskrip Mir’at al-Tullab telah ditemukan di seluruh dunia, sebanyak 13 naskhah yang sempurna dan boleh dibaaca dan 3 naskhah telah dipilih dijadikan objek kajian,pemilihan berdasarkan kedekatan tarikh penghasilan naskhah tersebut dengan kehidupan pengarangnya, limitasi kajian kepada 26 sub bab daripada 38 sub bab dalam bab muamalat, iaitu bermula sub bab al-Bayc sehingga Al-Ghasab dalam Mir’at al- Tullab. Setelah proses pentahkikan naskhah Mir’at al-Tullab, terdapat beberapa penemuan baharu, antaranya a. Nama lengkap pengarang Mir’at al-Tullab ialah Shaykh Abdul Rauf al-Fansuri al-Singkili al-Ashi al-Jawi, mufti (Qadi al-Malik al-Adil)kerajaan Aceh Darussalam abad ke-17 Masihi. b. Judul naskhah ialah Mir’at al-Tullab fi Tashil Macrifat Ahkam al-Sharciyati li al-Malik Al-Wahab. c. Mir’at al-Tullab adalah naskhah fiqah mazhab al-Shaficiy berbahasa Melayu aliran Samudera Pasai yang mengikut acuan Alam Melayu. d. Pengarang Mir’at al-Tullab telah merujuk Al-Quran,terdapat 9 potongan ayat al-Quran dan sebanyak 42 hadis telah telah ditemukan. e.Pengarang Mir’at al-Tullab telah merujuk kepada karya ulama Qawl Muktamad dan Qawl tidak muktamad mazhab al-Shafici. f. Terdapat pengaruh bahasa Arab, bahasa Aceh dan bahasa Batak. g. Perbahasan muamalat dalam Mir’at al-Tullab merangkumi Ahkam al-Madaniyah, Ahkam al-Iqtisadiyah wa al-Maliyah dan Ahkam al-Murafa’at. Pada keseluruhan kajian, dicadangkan pada pengkaji akan datang dapat meneruskan tahkik keseluruhan bab muamalat Mir’at al-Tullab, dan seterusnya ilmu Tahkik ini perlu dikembang untuk memelihara warisan naskhah kitab peninggalan ulama Alam Melayu.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM,Bangi.en_US
dc.relationInstitute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)en_US
dc.subjectMuamalat Mir'at Al- Tullaben_US
dc.subjectRiwayat hidup Pengarangen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectIlmu Tahkiken_US
dc.titlePentahkikan muamalat dalam Mir'at Al- Tullaben_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages404en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ATMA P97142 SHAHRUL HILMI OTHMAN (1).pdf
  Restricted Access
5.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.