Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389844
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIdayu Badilla Idris, Professor Madya Dr.-
dc.contributor.advisorHamidah Yamat, Professor Madya Dr.-
dc.contributor.advisorKhadijah Shamsuddin, Professor-
dc.contributor.authorNik Nairan Abdullah-
dc.date.accessioned2023-02-20T03:50:51Z-
dc.date.available2023-02-20T03:50:51Z-
dc.date.issued2020-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389844-
dc.description.abstractPenjagaan pesakit kanser memberi impak kepada kualiti hidup penjaga. Oleh itu, kajian dijalankan bertujuan untuk menentukan kualiti hidup berkaitan kesihatan penjaga pesakit kanser sistem gastrousus; mengenal pasti hubung kait antara faktor penjaga, penjagaan kanser, pesakit dan kualiti hidup; menentukan faktor peramal bagi kualiti hidup penjaga; mengkaji hubungan antara kualiti hidup pesakit dan penjaga; dan meneroka bagaimana kualiti hidup yang rendah dijelaskan oleh pengalaman penjagaan pesakit kanser. Kajian ini menggunakan kaedah campuran penjelasan berurutan yang dijalankan di tiga buah hospital di Lembah Klang dari Oktober 2017 sehingga Mac 2018 menggunakan persampelan rawak mudah untuk memilih pesakit. Untuk fasa pertama, seramai 323 diad (pasangan pesakit dan penjaga) kanser sistem gastrousus telah ditemu bual menggunakan borang soal selidik sosio-demografi, Indeks tekanan penjaga (CSI-M) dan Skala Multidimensi Persepsi Sokongan Sosial (MSPSS-M) yang merupakan pembolehubah tidak bersandar. Instrumen kualiti hidup penjaga-Melayu (MCQoL) digunakan untuk mengukur kualiti hidup penjaga. Manakala soal selidik pendek 12 (SF-12) adalah untuk mengenal pasti hubungan antara kualiti hidup pesakit dan penjaga. Untuk fasa kedua, persampelan secara bertujuan pula dilakukan bagi fasa kualitatif untuk mendapatkan responden yang mempunyai kualiti hidup yang rendah. Hasil dari kajian menunjukkan tahap kualiti hidup penjaga adalah 80.17 + 21.58. Analisis regresi linear berganda melaporkan faktor peramal seperti: penjaga lelaki mempunyai kualiti hidup yang lebih tinggi daripada penjaga wanita (Beta = 5.165, p = 0.011); bangsa India mempunyai kualiti hidup lebih rendah daripada Melayu (Beta =-9.163, p=0.001); indeks tekanan penjaga (CSI-M) (Beta =-2.070, p<0.001); tempoh penjagaan (Beta= -0.001, p=0.025); pesakit lelaki berbanding perempuan (Beta =6.414, p=0.037) dan interaksi antara CSI-M dan jantina pesakit (Beta= -2.325, p<0.001). Di samping itu, terdapat kolerasi yang lemah di antara pesakit dan penjaga untuk domain SF-12 seperti fungsi sosial (r = 0.35, p <0.001), peranan emosi (r = 0.28, p <0.001), dan kesihatan mental (r = 0.29, p <0.001). Tema yang terbentuk daripada fasa kualitatif yang menyumbang kepada kualiti hidup yang rendah adalah pengurusan pesakit, kewangan dan tekanan; kesan kepada kesihatan fizikal, psikologi, sosial (termasuk perhubungan); kesan kepada komunikasi dan sokongan daripada ahli keluarga, organisasi dan komuniti. Kesimpulan dari kajian mendapati penjaga mengaitkan kualiti hidup yang rendah dengan bebanan pengurusan pesakit, kesan negatif daripada penjagaan dan kekurangan sokongan. Intervensi untuk pesakit dan penjaga harus diperkukuhkan berdasarkan dapatan kajian ini.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.subjectQuality of Lifeen_US
dc.subjectCaregiveren_US
dc.subjectCaregiver Strain Index-Malayen_US
dc.subjectMalay Caregiver Quality of Lifeen_US
dc.subjectKanser Sistem Gastroususen_US
dc.subjectGastrointestinal Neoplasmsen_US
dc.titleKualiti hidup penjaga pesakit kanser sistem gastrousus di hospital kerajaan dan hospital pengajar, Lembah Klang : satu kajian kaedah campuranen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages303 pen_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Falsafahen_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
NIK NAIRAN BINTI ABDULLAH.pdf
  Restricted Access
8.74 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.