Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389798
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zamri Arifin, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nurul Asma Mazlan (P103798) | - |
dc.date.accessioned | 2023-02-16T07:11:32Z | - |
dc.date.available | 2023-02-16T07:11:32Z | - |
dc.date.issued | 2022-09-20 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389798 | - |
dc.description.abstract | Prestasi pengajaran pensyarah dapat dinilai berdasarkan tahap kompetensi dan hubungannya dengan ilmu pengetahuan, pengajaran berkesan, profesionalisme yang tinggi dan bermotivasi. Namun, masih wujud maklum balas kurang baik pelajar terhadap prestasi pengajaran pensyarah apabila keputusan Student’s Feedback Online Universiti Teknologi MARA menunjukkan pola yang tidak konsisten semenjak tahun 2016 sehingga 2020. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis hubungan kompetensi pensyarah bahasa Arab di UiTM dengan prestasi pengajaran. Hubungan tidak langsung dianalisis menerusi program sokongan sebagai pemboleh ubah perantara. Reka bentuk kajian adalah tinjauan menerusi kaedah kuantitatif secara keratan rentas bersilang. Seramai 139 pensyarah Bahasa Arab di UiTM seluruh kampus di Malaysia mengambil bahagian dalam kajian ini menerusi pensampelan populasi. Kajian rintis yang dijalankan memperoleh nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach 0.75 hingga 0.95. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS 28.0, manakala analisis inferensi menerusi PLS-SEM pula digunakan bagi menguji korelasi antara konstruk dan pengujian konstruk perantara. Analisis objektif pertama mendapati, pengetahuan kandungan merupakan penyumbang tertinggi kepada kompetensi diikuti dengan motivasi, kemahiran mengajar, dan profesionalisme. Bagi objektif kedua, tidak terdapat perbezaan signifikan antara pengetahuan kandungan, kemahiran mengajar dan profesionalisme dengan semua demografi, sebaliknya terdapat perbezaan signifikan antara motivasi dengan demografi. Bagi objektif ketiga, terdapat hubungan signifikan antara pengetahuan kandungan dan motivasi dengan prestasi pengajaran. Objektif keempat pula mendapati, program sokongan dibuktikan sebagai faktor perantara antara kompetensi dengan prestasi pengajaran apabila wujud hubungan signifikan tidak langsung antara profesionalisme dengan prestasi pengajaran. Pengetahuan kandungan menjadi elemen terpenting dalam agenda pembangunan prestasi pensyarah, manakala konstruk kemahiran mengajar dilihat sebagai paling rendah kepentingannya dan perlu diberi perhatian serius. Oleh itu, implikasi kajian ini dapat membantu pihak berkepentingan terutama UiTM dalam menyediakan model kompetensi sebagai input dan panduan kepada pensyarah untuk meningkatkan prestasi pengajaran pensyarah. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Teacher effectiveness -- Evaluation | en_US |
dc.subject | Arabic language -- Study and teaching | en_US |
dc.subject | Arabic teachers | en_US |
dc.subject | Effective teaching | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Kompetensi pensyarah bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan hubungannya dengan prestasi pengajaran | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 348 | en_US |
dc.identifier.callno | LB2838.N848 2022 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 006918 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kompetensi pensyarah bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan hubungannya dengan prestasi pengajaran.pdf Restricted Access | Partial | 1.64 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.