Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389797
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJalaluddin Abdul Malek, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMohd Asruladlyi Ibrahim (P67938)-
dc.date.accessioned2023-02-16T07:10:45Z-
dc.date.available2023-02-16T07:10:45Z-
dc.date.issued2022-03-21-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389797-
dc.description.abstractKajian ini adalah berkaitan kesertaan digital masyarakat luar bandar melalui program telecenter. Namun, telecenter kini dilihat tidak lagi relevan kepada masyarakat kerana perubahan pesat bidang teknologi maklumat. Keadaan ini menyebabkan timbul permasalahan kepada kajian ini dimana tinjauan mendapati masyarakat masih ketinggalan dari kesertaan dan pencapaian ekonomi digital. Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku? Adakah ia disebabkan oleh faktor manusia atau telecenter? Oleh hal yang demikian, satu kajian keberkesanan telecenter sedia ada perlu dilakukan. Isu utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauh mana sumbangan telecenter kepada masyarakat setelah sekian lama beroperasi? Adakah telecenter dapat merapatkan jurang digital dan dapat meningkatkan tahap kesertaan digital dalam kalangan masyarakat? Jika kurang berkesan, apakah faktor yang menyebabkan program merapatkan jurang digital melalui telecenter tidak berjaya? Untuk merialisasikan objektif kajian, kajian ini hanya tertumpu kepada melihat tahap kesertaan digital masyarakat disamping menilai peranan telecenter berdasarkan ciri-ciri yang terdapat pada model Technology Acceptance Model (TAM) dan Teori Difusi Inovasi (IDT) melalui telecenter khususnya. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan inferensi kerana ia bertujuan untuk meninjau dan meneliti penglibatan masyarakat dan peranan telecenter. Dengan menggunakan kaedah campuran konvergen selari responden telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan dengan memilih peserta kajian yang mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian dengan objektif kajian. Seramai 600 orang pengguna di enam telecenter terpilih telah dipilih sebagai responden untuk menjawab borang soal selidik dan lima orang responden dipilih untuk menjawab soalan temu bual. Hasil kajian mendapati kerterlibatan masyarakat dalam ekonomi digital melalui telecenter adalah sangat dipengaruhi oleh sikap pengguna itu sendiri dan kebergantungan masyarakat kepada telecenter. Selain itu, kebolehgunaan telecenter yang ketinggalan zaman juga menjadi faktor penolakan keterlibatan masyarakat dalam ekonomi digital melalui telecenter. Dapatan kajian menunjukkan bahawa TAM dan IDT mempunyai potensi untuk di intergrasikan dalam membentuk model baru program telecenter dengan mengambilkira beberapa faktor seperti memahami sikap manusia sebagai pengguna teknologi dan meningkatkan keupayaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh telecenter kepada pengguna. Penemuan hubungan yang signifikan ini boleh menjadi asas kepada kajian akan datang untuk membuktikan keberkesanan telecenter meningkatkan tahap kesertaan digital masyarakat sekaligus menjadi penyumbang kepada kajian strategi pembentukan masyarakat digital di Malaysia pada masa akan datang.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectJurang digitalen_US
dc.subjectTelekomunikasien_US
dc.subjectTeknologi maklumaten_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKeberkesanan telecenter dalam mengatasi jurang digital belia luar bandar : satu kajian di Selangoren_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages230en_US
dc.identifier.barcode006917en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Keberkesanan telecenter dalam mengatasi jurang digital belia luar bandar : satu kajian di Selangor.pdf
  Restricted Access
Partial437.48 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.