Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389796
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mostafa Kamal Mokhtar, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Arif Atarhim (P90636) | - |
dc.date.accessioned | 2023-02-16T07:09:55Z | - |
dc.date.available | 2023-02-16T07:09:55Z | - |
dc.date.issued | 2022-05-25 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389796 | - |
dc.description.abstract | Amalan penjagaan rohani dalam kalangan jururawat masih lagi kurang walaupun terdapat sumber empirikal penjagaan rohani yang selamat. Kecerdasan rohani berupaya meningkatkan kemampuan jururawat untuk menyediakan penjagaan rohani kepada pesakit. Pengukuran kecerdasan rohani dapat membantu jururawat dan organisasi membuat penilaian bagi pembangunan diri. Terdapat instrumen pengukuran kecerdasan rohani telah dibina daripada pelbagai fahaman, namun instrumen dari perspektif Islam masih perlu ditambah baik. Kajian ini bertujuan untuk membina Instrumen Kecerdasan Rohani Jururawat Muslim (IKRiM) yang sah dan boleh dipercayai menggunakan Model Kecerdasan Rohani untuk Kecemerlangan Insan (SIMHE). Kajian kuantitatif dengan kaedah tinjauan digunakan untuk mencapai objektif kajian. Sejumlah 371 item yang asal dibina bersumberkan Al-Quran, hadis, dan penulisan sarjana Islam berasaskan tujuh domain utama: refleksi/penyucian jiwa, makna/tujuan hidup, keazaman diri, sumber rohani, transenden, kesedaran, dan daya tindak rohani terhadap halangan. IKRiM seterusnya melalui proses kesahan merangkumi kesahan kandungan, kesahan muka, analisis model pengukuran Rasch, dan kesahan serentak. Kesahan kandungan dinilai oleh 20 orang pakar daripada latar belakang berkaitan menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi. Kesemua item memenuhi syarat pra-keperluan dengan nilai ambang (d) ≤ 0.2, konsensus pakar lebih 75%, dan nilai α-cut ≥ 0.5. Ujian kesahan muka dilakukan terhadap sepuluh jururawat Muslim daripada pelbagai disiplin. Sebanyak 328 item dipilih berdasarkan kriteria tertentu untuk diuji dalam kajian rintis setelah mendapatkan pandangan pakar. Kajian pengesahan dijalankan terhadap 337 jururawat Muslim di hospital perintis mesra ibadah, Kelantan, Malaysia menggunakan pensampelan rawak berstrata. Analisis Rasch mengesahkan IKRiM mempunyai ciri unidimensi dengan memenuhi kesemua andaian model pengukuran Rasch. Kebolehpercayaan dalaman adalah tinggi dengan nilai alfa Cronbach 0.97. Kebolehpercayaan individu dan item masing-masing ialah 0.97 dan 0.99. Set terakhir IKRiM mengandungi 74 item. Hasil kajian menunjukkan jururawat Muslim mempunyai tahap kecerdasan rohani yang cukup tinggi. Tahap kecerdasan rohani didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan umur dan pengalaman agama zaman kanak-kanak. Instrumen IKRiM boleh dipercayai dan sah untuk mengukur kecerdasan rohani jururawat Muslim. Kajian ini juga telah meningkatkan kredibiliti penggunaan SIMHE dalam konteks budaya kerja dan psikologi Islam. Kajian ini berpotensi untuk menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam mengenai kecerdasan rohani dari perspektif Islam dan meningkatkan keberkesanan latihan untuk mengukuhkan kecerdasan rohani ahli organisasi khususnya dalam kalangan jururawat Muslim. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Jururawat | en_US |
dc.subject | Kecerdasan rohani | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Pembinaan dan pengesahan instrumen kecerdasan rohani jururawat Muslim di hospital perintis mesra ibadah menggunakan model kecerdasan rohani untuk kecemerlangan insan | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 514 | en_US |
dc.identifier.barcode | 006916 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pembinaan dan pengesahan instrumen kecerdasan rohani jururawat Muslim di hospital perintis mesra ibadah menggunakan model kecerdasan rohani untuk kecemerlangan insan.pdf Restricted Access | Full-text | 10.42 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.