Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389795
Title: | Pembangunan matrik bina-tempat tapak warisan dunia Melaka daripada perspektif komuniti dan pelancong |
Authors: | Mohamad Kazar Razali (P88366) |
Supervisor: | Habibah Ahmad, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Pelancongan Tapak Warisan Dunia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 10-Jun-2022 |
Abstract: | Bina-tempat pelancongan kini merupakan salah satu agenda utama dalam pembangunan pelancongan di kebanyakan negara. Hal ini tidak terkecuali bagi destinasi pelancongan yang telah berjaya mendapat penarafan sebagai Tapak Warisan Dunia. Di destinasi sebegini, bina-tempat seharusnya melibatkan penyertaan aktif ahli komuniti dan pelancong berbanding pihak kerajaan semata-mata. Di Malaysia dan di Melaka khususnya, bina-tempat bagi Tapak Warisan Dunia juga perlu memastikan keseimbangan peranan antara pemegang taruh ini dan pembangunan matrik bina-tempat merupakan wajaran yang menepati keperluan pengekalan penarafan Tapak Warisan Dunia seperti yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu. Namun begitu, tiada inisiatif untuk merangka matrik yang dapat menjadi model dan panduan kepada keperluan ini. Dengan itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan matrik bina-tempat di Tapak Warisan Dunia dengan tumpuan utama:(i)mengenalpasti pekembangan bina-tempat pelancongan di Malaysia dan Melaka.(ii)menganalisis lokasi, proses dan kesan bina-tempat pelancongan terhadap komuniti (iii)menganalisis lokasi, proses dan kesan bina-tempat pelancongan terhadap pelancong dan (iv)membina matrik bina-tempat pelancongan daripada perspektif komuniti dan pelancong. Kajian ini menggunakan pengumpulan data sekunder bagi dapatan makro di Malaysia dan data primer bagi kajian kes di Melaka. Kajian empirikal di Tapak Warisan Dunia Melaka dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik dan pemilihan pensampelan bertujuan dilakukan ke atas 410 responden komuniti dan 410 responden pelancong. Dapatan utama dalam proses bina-tempat pelancongan menunjukkan nilai skor min keseluruhan paling tinggi dicatatkan pada interaksi tempat sebanyak 5.01 bagi penglibatan komuniti dan pelancong berbanding keterikatan tempat, pengalaman tempat dan karakter tempat. Proses ini juga telah memberi kesan yang tinggi kepada faedah tempat dari segi ekonomi terhadap komuniti berbanding pelancong. Kesimpulannya, matrik bina-tempat pelancongan mempunyai kemampuan untuk menunjukkan tahap penglibatan kedua-dua komuniti dan pelancong dalam pembangunan pelancongan, dan pada masa yang sama, mampu mengekalkan status Tapak Warisan Dunia Melaka. Kajian ini memberikan implikasi kepada korpus ilmu bahawa proses bina-tempat perlu melibatkan komuniti dan pelancong. Akhir sekali, pembangunan matrik bina-tempat pelancongan memberi sumbangan kepada pengurusan Tapak Warisan Dunia dari segi urustadbir dan dasar bagi memenuhi syarat dan keperluan Tapak Warisan Dunia di Melaka dan Malaysia amnya. |
Pages: | 434 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pembangunan matrik bina-tempat tapak warisan dunia Melaka daripada perspektif komuniti dan pelancong.pdf Restricted Access | Partial | 573.04 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.