Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389792
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorChang Peng Kee, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorOng Ai Ling (P74621)-
dc.date.accessioned2023-02-16T07:06:04Z-
dc.date.available2023-02-16T07:06:04Z-
dc.date.issued2022-05-28-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389792-
dc.description.abstractKemahiran insaniah graduan merupakan satu kompetensi yang amat dititikberatkan oleh majikan selain dari kecemerlangan dalam sudut akademik. Tambahan dengan kemerosotan ekonomi dan lambakan tenaga pekerja pada masa kini, persaingan untuk mendapatkan peluang pekerjaan menjadi semakin sengit terutamanya kepada graduan yang baru menamatkan pengajian. Dengan mengambil pandangan dari sudut komunikasi, kajian ini bertujuan untuk menguji peranan persepsi graduan serta memahami cara graduan bertindak balas terhadap isu penilaian kemahiran insaniah kendiri menerusi perspektif Teori Situasi dalam Penyelesaian Masalah (STOPS). Seramai 415 responden yang terdiri daripada graduan prasiswazah UKM tahun 2018 telah memberikan maklum balas terhadap survei yang diedarkan. Data dianalisis dengan menggunakan Model Persamaan Struktural (SEM) dibantu perisian IBM-SPSS versi 21 dan IBM-SPSS-AMOS. Sembilan hipotesis yang dicadangkan telah diuji dan disokong. Hasil analisis mendapati majoriti graduan tergolong dalam kategori Publik Aktif (73.01%) dan model struktural mencapai indeks kesepadanan yang baik iaitu RMSEA = 0.068, CFI = 0.871 dan ChiSquare/df = 2.910 seperti yang disarankan. Bagi model asal STOPS, nilai koeffisien penentuan R2 bagi pemboleh ubah perseptual pengenalpastian masalah, pengenalpastian kekangan dan pengenalpastian penglibatan terhadap motivasi situasi dalam penyelesaian masalah adalah 0.52. Nilai R2 bagi pemboleh ubah kriteria rujukan dan motivasi situasi terhadap tingkah laku (CAPS) pula adalah 0.61 yang mana kedua-duanya menunjukkan sumbangan sederhana kuat. Selain itu, kajian ini turut menambah nilai teori dalam konteks isu penilaian kemahiran insaniah kendiri graduan dengan memperkenalkan pemboleh ubah baharu iaitu Persepsi Graduan terhadap Penilaian Kemahiran Insaniah Kendiri (GPSS). Keputusan menunjukkan bahawa GPSS memberi implikasi positif kepada pemboleh ubah perseptual di mana ia mengurangkan pengenalpastian kekangan graduan (β= -0.10) dan meningkatkan pengenalpastian penglibatan graduan (β= 0.61) terhadap isu penilaian kendiri kemahiran insaniah. Berdasarkan hasil kajian, persepsi graduan memainkan peranan yang penting dalam kesedaran diri terhadap isu penguasaan kemahiran insaniah kendiri di samping meningkatkan motivasi untuk mencari penyelesaian. Dalam konteks GPSS pula, graduan yang mempunyai persepsi penilaian kemahiran insaniah kendiri yang tinggi berupaya mengenalpasti kelebihan dan kekurangan yang ada pada dirinya justeru lebih berusaha untuk memperbaiki kelemahannya. Tuntasnya, keupayaan penguasasan kemahiran insaniah adalah penting dipraktikkan agar sistem pendidikan negara berupaya melahirkan modal insan yang berwibawa seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectKemahiran insaniahen_US
dc.subjectGraduanen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengaruh persepsi dan motivasi terhadap tingkah laku komunikasi dalam penilaian kemahiran insaniah kendiri graduanen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages247en_US
dc.identifier.barcode006912en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengaruh persepsi dan motivasi terhadap tingkah laku komunikasi dalam penilaian kemahiran insaniah kendiri graduan.pdf
  Restricted Access
Full-text3.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.