Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389789
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhairiatul Mardiana Jansar, Dr.-
dc.contributor.authorMuhamad Safwan Ishak (P90681)-
dc.date.accessioned2023-02-16T07:03:16Z-
dc.date.available2023-02-16T07:03:16Z-
dc.date.issued2022-03-15-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389789-
dc.description.abstractPengurusan padi angin secara bersepadu adalah sangat penting bagi membantu petani mengawal infestasi padi angin dengan baik dan sempurna. Padi angin mudah dikenali dengan sifatnya yang tersendiri seperti mempunyai bulir yang mudah relai dan sesetengahnya mempunyai jejanggut pada bahagian biji. Walau bagaimanapun pemahaman mengenai pengawalan padi angin masih belum dieksploitasi secara meluas di mana pengawalannya lebih banyak bergantung kepada herbisid. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memahami kepelbagaian morfologi padi angin di Malaysia serta penerapan fenomena alelopati bagi melihat respon pertumbuhan padi angin terhadap beberapa tumbuhan alelopati terpilih untuk mewujudkan satu kaedah pengawalan padi angin secara bersepadu yang tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan kimia. Sebanyak 110 aksesi padi angin disampel dari sembilan lokasi di tiga kawasan utama di Semenanjung Malaysia (kawasan Barat, Timur dan Utara). Aksesiaksesi padi angin tersebut kemudiannya ditanam secara terkawal di rumah hijau bagi mengenalpasti ciri-ciri morfologi. Kaedah sandwich dan plant box digunakan bagi menilai aktiviti alelopati lima tumbuhan alelopati terpilih terhadap varian-varian padi angin yang dikategorikan mengikut ciri morfologi. Satu tumbuhan alelopati yang paling bersesuaian dipilih dan kesan alelopatinya diuji terhadap percambahan dan pertumbuhan varian padi angin melalui ekstrak akueus dan sarap daun yang digaulkan bersama tanah. Kajian ini mendapati bahawa sebanyak 73.6% morfotip padi angin yang disampel di kawasan terpilih di Semenanjung Malaysia tidak mempunyai jejanggut manakala 26.4% lagi mempunyai jejanggut pada biji dan dibahagikan kepada enam morfotip. Melalui analisis prinsip komponen (PCA), padi angin di beberapa kawasan terpilih tersebut boleh dicirikan mengikut ketinggian pokok, panjang daun pengasuh, panjang kulma, bilangan tiler, bilangan bulir dan panjang bulir. Larut lesap daun dan eksudat akar bagi lima tumbuhan alelopati terpilih didapati memberi kesan perencatan terhadap kesemua tumbuhan bioasai di mana spesies T. procumbens merupakan tumbuhan yang paling bersesuaian untuk mengawal padi angin. Ekstrak akueus daun T. procumbens didapati merencat percambahan (indeks percambahan biji benih dan indeks kesuburan biji benih) dan pertumbuhan (pemanjangan radikel, pemanjangan pucuk, berat basah dan berat kering) bagi kesemua tumbuhan bioasai terutamanya pada kepekatan ekstrak akueus antara 75- 100% kecuali varieti MR220 CL2 yang kurang sensitif terhadap ekstrak akueus daun T. procumbens. Kehadiran sarap daun T. procumbens yang tinggi (10 g / 500 g tanah) didapati merencat percambahan dan pertumbuhan kesemua tumbuhan bioasai kecuali dua varieti padi moden iaitu MR220 CL2 dan Sebernas 307. Kandungan klorofil varian padi angin juga didapati mengalami perencatan dengan kehadiran sarap daun T. procumbens manakala peningkatan dari segi kandungan klorofil dicatatkan oleh varieti padi MR220 CL2. Dapatan daripada kajian ini membuktikan bahawa T. procumbens amat bersesuaian untuk digunakan sebagai bio-herbisid di masa hadapan di kawasan sawah padi varieti MR220 CL2 bagi mengawal kehadiran padi angin.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPadi anginen_US
dc.subjectPadien_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleVariasi morfologi padi angin (Oryza sativa kompleks) dan potensi pengawalan melalui pendekatan alelopati di Semenanjung Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages388en_US
dc.identifier.barcode006869en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Variasi morfologi padi angin (Oryza sativa kompleks) dan potensi pengawalan melalui pendekatan alelopati di Semenanjung Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text8.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.