Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389788
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Che Abd Rahim Mohamed, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Noor Affizah Bujang Saili (P90575) | - |
dc.date.accessioned | 2023-02-16T07:02:13Z | - |
dc.date.available | 2023-02-16T07:02:13Z | - |
dc.date.issued | 2022-02-09 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389788 | - |
dc.description.abstract | Pembinaan Tambak Johor telah menyebabkan pengaliran air di Selat Tebrau menjadi terhad dan menjejaskan kualiti air. Dalam masa yang sama, Selat Tebrau adalah pengeluar kupang yang terbesar di Malaysia. Isu pencemaran telah menarik perhatian kajian ini untuk mengkaji bioakumulasi 210Pb dalam kupang di Selat Tebrau dan penilaian risiko dos dedahan sinaran terhadap kesihatan manusia melalui rantai makanan. Tambahan pula, 210Pb bersifat cenderung terhadap zarah terampai dan mudah dipindahkan ke dalam kupang melalui rantai makanan. Objektif kajian ini adalah (1) menentukan kepekatan aktiviti 210Pb di dalam air laut, plankton, sedimen dan kupang di sepanjang Selat Tebrau, (2) mengkaji bioakumulasi 210Pb dalam kupang daripada persekitaran ambien (sedimen dan air laut) dan rantai makanan (fitoplankton dan zooplankton) dan (3) menilai risiko dos dedahan sinaran 210Pb terhadap kesihatan populasi Johor Bahru melalui pengambilan kupang sebagai sumber makanan. Sembilan stesen telah dipilih di sepanjang Selat Tebrau dan pensampelan dijalankan sebanyak empat kali iaitu pada November 2017, Mac 2018, Ogos 2018 dan Disember 2018. Manakala, kadar pengambilan kupang per kapita oleh populasi Johor Bahru ditentukan melalui kajian soal selidik. Hasil kajian mendapati bioakumulasi 210Pb dalam kupang telah melebihi piawaian IAEA (1 × 103) pada bulan Mac dan Disember 2018. Ujian regresi membuktikan penurunan kepekatan oksigen terlarut (DO) dan fosfat disebabkan oleh pergerakan air yang terhad telah mempengaruhi kepekatan 210Pb dalam kupang. Faktor persekitaran seperti kekurangan DO dipercayai mengubah metabolisme kupang sekaligus mendorong penyerapan 210Pb berlaku secara tidakmemilih untuk terus hidup dan mempengaruhi mekanisme bioakumulasi 210Pb. Pemindahan 210Pb sepanjang rantai makanan menunjukkan berlakunya biomagnifikasi di dalam zooplankton melalui pemangsaan fitoplankton (TF = 1.64). Namun begitu, proses pencairan 210Pb berlaku dalam kupang melalui pemangsaan zooplankton (TF = 0.67). Bioakumulasi 210Pb dalam kupang dipercayai mempunyai hubung kait dengan impak kepekatan zarah (PCE) di mana nilai Kd 210Pb dalam turus air (terdiri daripada fasa terlarut dan fasa terampai) berkadar songsang terhadap kepekatan zarah terampai (SPM). Corak nilai Kd 210Pb dalam turus air yang sistematik pada bulan Mac dan Disember 2018 mempunyai hubungan korelasi yang tinggi, malah sangat sigifikan menyumbang kepada peningkatan kepekatan 210Pb dalam kupang pada bulan tersebut. Manakala kaedah pengekstrakan berperingkat bersasar (PBB) menunjukkan 45% hingga 62% kandangan 210Pb dalam sedimen bersifat tidak-rintang yang berpotensi untuk berpindah ke turus air. Ujian statistik membuktikan purata keterbiosediaan 210Pb daripada sedimen adalah 42%. Pemindahan 210Pb daripada sedimen ke turus air berlaku melalui proses pengampaian semula semasa air pasang surut dan perubahan monsun. Kajian soal selidik di Johor mendapati purata pengambilan kupang di Johor Bahru adalah 1.27 ± 2.83 kg thn-1 bagi setiap individu. Nilai dos berkesan tahunan 210Pb yang diperolehi bagi penduduk Johor Bahru adalah rendah berbanding dengan piawaian ICRP iaitu 1 mSv. Manakala purata risiko morbiditi dan mortaliti 210Pb berada di dalam julat yang selamat iaitu 1 × 10-6 hingga 1 × 10-4. Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian soal selidik, 0.3% terdedah kepada risiko morbiditi (1.24 × 10-4). Justeru itu, pengambilan kupang untuk gaya hidup sihat adalah tidak melebihi 2 kg sebulan. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Kualiti air -- Selat Tebrau | en_US |
dc.subject | Bioakumulasi | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Bioakumulasi dan penilaian dos plumbum-210 dalam kupang (Perna viridis Linnaeus, 1758) di Selat Tebrau Johor | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 324 | en_US |
dc.identifier.barcode | 006868 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Bioakumulasi dan penilaian dos plumbum-210 dalam kupang (Perna viridis Linnaeus, 1758) di Selat Tebrau Johor.pdf Restricted Access | Full-text | 6.96 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.