Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389730
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRahayu Mustaffa Kamal, Dr.-
dc.contributor.authorHusmeela Hussain (P87382)-
dc.date.accessioned2023-02-13T01:06:17Z-
dc.date.available2023-02-13T01:06:17Z-
dc.date.issued2023-01-03-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389730-
dc.description.abstractDisfagia adalah masalah yang kerap dialami oleh pesakit kanser kepala dan leher, disebabkan ketumbuhan sel kanser dan kesan sampingan rawatan kanser. Namun, kajian tempatan yang mengkaji permasalahan berkaitan disfagia adalah terhad. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti (1) prevalen disfagia, (2) faktor penyumbang disfagia, (3) tahap kekerapan amalan rujukan pesakit kanser kepala dan leher kepada Terapis Pertuturan Bahasa (TPB), (4) tahap amalan pengendalian disfagia oleh TPB, (5) tahap pengurusan disfagia, dan (6) membandingkan amalan pengurusan disfagia dalam kalangan pesakit kanser leher dan kepala dengan amalan piawai antarabangsa. Seramai 240 pesakit kanser kepala dan leher (purata umur 53.1 tahun), 391 pengamal perubatan dan pergigian dan 65 TPB menyertai kajian ini. Di samping itu, 18 pengamal perubatan dan pergigian dan 10 TPB turut ditemubual secara individu. Keputusan kajian menunjukkan 43.3% pesakit kanser kepala dan leher mempunyai disfagia dan disfagia berkait rapat dengan lokasi kanser, χ²(4, 240)=17.13ª,p=0.001 dan tahap kanser, χ²(3, 240)=8.755ª,p= 0.021. Kajian ini juga menunjukkan kebanyakan pesakit (76.9%) boleh makan secara oral namun begitu hanya 18.1% sahaja pesakit yang mengambil diet normal. Terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kesedaran peranan TPB, χ²(4, 391)=9.87, p=0.043, tahap penglibatan pengamal perubatan dan pergigian, χ²(8, 391)=27.68, p= 0.001 dengan peratusan rujukan pesakit kanser kepala dan leher. Kebarangkalian merujuk pesakit kanser kepala dan leher meningkat tiga kali ganda bagi 1 unit penglibatan pengamal perubatan dan pergigian dalam pengurusan disfagia, [OR] 3.65 (1.56, 8.51) p= 0.003. Hanya 7.8% TPB menjalankan terapi kepada pesakit kanser dan leher sebelum dan semasa radioterapi. Pesakit kanser kepala dan leher adalah antara golongan yang berisiko tinggi untuk mengalami disfagia namun pengendaliannya di Malaysia adalah tidak optimum. Justeru itu, adalah penting tahap pengurusan disfagia dipertingkatkan bagi memastikan kualiti perkhidmatan kepada pesakit menepati amalan terbaik yang diiktiraf antarabangsaen_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectDysphagiaen_US
dc.subjectDeglutition Disordersen_US
dc.subjectHead and Neck Neoplasmsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleAmalan pengendalian serta tahap pengurusan disfagia dalam kalangan pesakit kanser kepala dan leher di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages204en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Falsafahen_US
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Amalan pengendalian serta tahap pengurusan disfagia dalam kalangan pesakit kanser kepala dan leher di Malaysia
  Restricted Access
Full-text2.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.