Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389708
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Rizal Abdul Manaf, Prof. Dr.-
dc.contributor.advisorAzimatun Noor Aizuddin, Prof. Madya. Dr-
dc.contributor.authorAbdul Rahman Ramdzan-
dc.date.accessioned2023-02-10T01:43:24Z-
dc.date.available2023-02-10T01:43:24Z-
dc.date.issued2020-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389708-
dc.description.abstractKanser kolorektal (CRC) adalah punca kedua kematian akibat kanser di dunia. Kira-kira 3-5% daripada CRC dikaitkan dengan sindrom kanser keturunan. Individu yang mengandungi mutasi germline mempunyai risiko tinggi untuk mendapat CRC pada usia muda. Ujian genetik dapat mengenal pasti gen yang menyebabkan sindrom kanser kolon ini. Saringan awal akan membawa kepada strategi pencegahan dan pemantauan untuk pesakit CRC dan keluarga mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan analisis keberkesanan kos ujian genetik CRC. Kajian ini menggunakan reka bentuk keratan rentas untuk menentukan analisis keberkesanan kos ujian genetik CRC berbanding dengan kaedah saringan semasa CRC dari perspektif pembekal. Pengumpulan data merangkumi kos dan kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan (HRQoL) daripada 222 pesakit CRC dan 159 ahli keluarga dari tiga hospital umum. Kaedah pengkosan berasaskan aktiviti, kaedah “atas ke bawah” dan dimantapkan dengan maklumat dari carta alir klinikal digunakan untuk menganggarkan kos pembekal. HRQoL pesakit dan ahli keluarga diukur menggunakan borang soal selidik EQ-5D-5L. Data dari kajian Malaysia mengenai survival kanser (MySCan) digunakan untuk mengira kelangsungan hidup pesakit. Keberkesanan kos mengukur kos per setiap tahun hidup (LY) dan kos per setiap tahun hidup yang diselaraskan kualiti (QALY). Kos pembekal untuk ujian genetik CRC adalah tinggi berbanding dengan kaedah saringan semasa. Kaedah saringan semasa mempunyai penjimatan kos berbanding ujian genetik. Menggunakan analisis survival selama 10 tahun, jangkaan LYs yang diselamatkan untuk pesakit CRC melalui ujian genetik adalah 0.89 tahun dan QALYs yang diperolehi adalah 0.39 tahun. Kajian ini mengira kos per setiap LY yang diperolehi dan kos per setiap QALY diperolehi. Nisbah keberkesanan kos tambahan (ICER) ujian genetik dari kaedah saringan semasa adalah RM 31.30. Ujian genetik kanser kolorektal adalah sangat kos efektif mengikut takat ambang yang gariskan oleh MaHTAS keberkesanan kos intervensi kesihatan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.subjectKanser kolorektalen_US
dc.subjectUjian genetiken_US
dc.subjectkanser kolonen_US
dc.titleAnalisis keberkesanan kos ujian genetik kanser kolorektal dibandingkan dengan kaedah saringan semasaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages170en_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ABDUL RAHMAN BIN RAMDZAN merge.pdf
  Restricted Access
2.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.