Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389652
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, Dr. | - |
dc.contributor.author | Khairul Anuar Khalid (P91314) | - |
dc.date.accessioned | 2023-02-02T07:36:15Z | - |
dc.date.available | 2023-02-02T07:36:15Z | - |
dc.date.issued | 2022-06-23 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389652 | - |
dc.description.abstract | Mutawif adalah kerjaya yang mendapat tempat dalam masyarakat dewasa ini. Namun, dari sudut pentadbiran tidak terdapat entiti khusus yang mengawal selia, memantau dan menyelaras pengurusan mutawif di Malaysia. Berdasarkan laporan, terdapat pelanggaran etika di kalangan mutawif, kepelbagaian latar belakang dan bidang tugas yang tidak selaras sepanjang mengendalikan jemaah. Objektif kajian ini adalah untuk menggariskan etika yang perlu ada kepada seorang mutawif, membina garis panduan kelayakan dan menganalisis bidang tugas yang perlu dilaksanakan ketika membimbing jemaah. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan temubual separa struktur yang melibatkan lima orang informan dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat etika umum seperti amanah, ikhlas dan berdisiplin perlu dipraktikkan manakala etika khusus yang merangkumi etika keterampilan, berpakaian, berkomunikasi dan penyampaian maklumat perlu dipatuhi ketika melaksanakan tugas membimbing jemaah. Garis panduan kelayakan untuk menjadi mutawif ialah telah menunaikan ibadah umrah, memperolehi tauliah mengajar agama daripada sesebuah negeri, mendalami fiqh umrah serta asas fardu ain, mempunyai tahap kesihatan yang baik dan berkebolehan untuk memimpin. Mutawif bertanggungjawab membimbing, mengetuai, dan menyantuni jemaah bermula dari tanah air hingga kembali semula ke tanah air dengan bidang tugas yang diperincikan seperti membimbing melaksanakan ibadah umrah dan ziarah, sebagai pemudah cara urusan di lapangan terbang, penginapan dan pengangkutan. Di akhir kajian, pengkaji mencadangkan supaya sebuah entiti yang berteraskan agama perlu diwujudkan bagi mengawal selia pengurusan mutawif melalui penggubalan atau pindaan akta yang berkaitan. Ini bertujuan untuk menjadikan kerjaya mutawif sebagai kerjaya yang profesional pada masa akan datang seterusnya dapat meningkatkan ekonomi umat Islam. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Muslim pilgrims and pilgrimages -- Saudi Arabia -- Mecca | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Garis panduan mutawif umrah menurut hukum syarak | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 164 | en_US |
dc.identifier.callno | BP187.3.K485 2022 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 006856 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pengajian Islam | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Garis panduan mutawif umrah menurut hukum syarak.pdf Restricted Access | Full-text | 1.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.