Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389648
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Jana Saim, Dr.-
dc.contributor.authorNoor Adilah Abdul Rashid (P79825)-
dc.date.accessioned2023-02-02T07:26:07Z-
dc.date.available2023-02-02T07:26:07Z-
dc.date.issued2022-05-19-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389648-
dc.description.abstractAspek faktor pelindung, daya tahan dan kesediaan keusahawanan remaja berisiko merupakan elemen penting dalam melahirkan individu yang mampu memberi impak dalam menyelesaikan masalah sosial masyarakat. Kajian terdahulu mendapati pendekatan positif seperti faktor pelindung dan daya tahan perlu diketengahkan untuk mengoptimumkan potensi diri remaja berbanding menfokuskan risiko yang dihadapi. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengaruh faktor pelindung dan daya tahan terhadap kesediaan keusahawanan dalam kalangan remaja program GENIUS@remaja di Projek Perumahan Rakyat di sekitar Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah persampelan bertujuan. Kajian ini melibatkan 150 orang responden berumur di antara 13 hingga 19 tahun yang tinggal di PPR Sri Pantai, PPR Pantai Ria, PPR Desa Rejang dan PPR Kg Muhibbah. Alat ujian Healthy Kids Resilience Assessment (HKRA) digunakan untuk mengukur faktor pelindung dan daya tahan. Manakala kesediaan keusahawanan ditentukan dalam alat ujian yang diadaptasi daripada Model Taksonomi Kesediaan Keusahawanan. Data yang diperoleh dianalisis dalam bentuk deskriptif dan inferensi dengan menggunakan Statistical Package Social Science (SPSS) versi 23. Hasil kajian mendapati bahawa tahap faktor pelindung, daya tahan dan kesediaan keusahawanan responden berada pada tahap yang tinggi. Sementara itu, analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara faktor pelindung dan daya tahan dengan kesediaan keusahawanan responden. Ujian regresi linear dengan menggunakan method Enter pula menunjukkan faktor pelindung merupakan elemen utama yang mempengaruhi kesediaan keusahawanan dalam kalangan responden. Keseluruhannya, kombinasi kedua-dua faktor peramal telah menyumbang sebanyak 51.3% varians terhadap konstruk kesediaan keusahawanan. Kajian ini merumuskan bahawa sokongan faktor pelindung; aset sekolah dan daya tahan; matlamat dan aspirasi merupakan sumber yang mendorong remaja untuk terlibat dalam bidang keusahawanan. Implikasi kajian ini ialah mencadangkan pihak pengamal profesional perkhidmatan sosial membangunkan modul intervensi dan latihan keusahawanan khas untuk remaja berisiko supaya bakat serta minat remaja terhadap keusahawanan dapat diserlahkan. Cadangan untuk kajian masa hadapan diharap menekankan elemen keusahawanan dalam memperkasakan golongan remaja berisiko bagi mewujudkan persekitaran positif yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectKeusahawananen_US
dc.subjectRemaja -- Keusahawananen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengaruh faktor pelindung dan daya tahan terhadap kesediaan keusahawanan dalam kalangan remaja program genius @ remaja di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kuala Lumpuren_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages213en_US
dc.identifier.barcode006852en_US
dc.format.degreeSarjana Falsafahen_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.