Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389483
Title: Penilaian kuantitatif kesan iklim dan perubahan gunatanah ke atas hidrologi dan kualiti air di lembangan Sungai Muar
Authors: Ching, Yun Chen (P54244)
Supervisor: Sharina Abu Hanifah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Water quality -- Measurement
Hydrology -- Malaysia
Climatic changes -- Malaysia
Land use -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-May-2021
Abstract: Penyelidikan ini bertujuan untuk meneliti kesan perubahan iklim dan gunatanah kepada hidrologi dan kualiti air sungai di Lembangan Sungai Muar (LSM) untuk tempoh 31 tahun (1980-2010). Sungai Muar adalah sumber utama bekalan air mentah untuk negeri Johor dan Melaka. Aspek baru dan utama kajian ini difokuskan kepada penganalisaan data iklim, gunatanah, hidrologi dan kualiti air untuk mengenal pasti kesan hujan dan gunatanah ke atas parameter hidrologi dan kualiti air dalam tempoh 31 tahun di LSM. Dalam kajian ini, kaedah analisis trend Mann-Kendall dan penganggar kecerunan Sen digunakan untuk mengkaji corak perubahan iklim dan hidrologi di LSM secara temporal pada tahun 1980-2010. Parameter fizikokimia kualiti air dan Indeks Kualiti Air (IKA) telah dinilai berpandukan Piawai Kualiti Air Kebangsaan. Pendekatan multivariat iaitu Analisis kluster, Analisis Komponen Utama (AKU), Analisis Faktor, ujian ANOVA, korelasi Pearson, serta ujian trend Mann-Kendall dan penganggar kecerunan Sen digunakan untuk pentaksiran matriks data yang kompleks untuk menghasilkan petunjuk kualiti air sungai di LSM. Analisis trend hujan musiman dari Mann-Kendall telah menunjukkan bahawa terdapat 16 dari 22 stesen menunjukkan trend meningkat yang tidak signifikan pada musim Monsun Timur Laut. Trend hujan bulanan meningkat yang paling signifikan secara statistik telah berlaku pada Januari di dua stesen di LSM. Trend enapan ampai dan aras air adalah berkadaran dengan trend hujan, manakala luahan sungai tidak menunjukkan trend yang berkadar dengan jumlah hujan, aras air dan enapan ampai. Analisis gunatanah di LSM dalam tempoh 1984-2010 menunjukkan 41.03% kawasan hutan telah ditukarkan kepada kawasan perbandaran dan pertanian. Kepekatan oksigen terlarut di sungai adalah lebih rendah semasa musim hujan pada bulan November dan Disember. AKU menunjukkan parameter yang bertanggungjawab kepada variasi kualiti air adalah parameter yang berkaitan dengan bahan pencemar organik dan nutrien. Sungai Muar mencatat IKA serendah 56.4 (Kelas III-Tercemar) pada Januari 2007 akibat banjir tahun 2006/07. Keputusan kajian kualiti air sungai pada tempoh 1980-2010 dan kerja lapangan di LSM menunjukkan faktor hujan dan gunatanah telah mempengaruhi parameter kualiti air dan IKA sungai. Penilaian terhadap trend hujan dan perubahan gunatanah ke atas hidrologi dan kualiti air sungai dalam kajian ini adalah penting untuk pengurusan sumber air dan perancangan gunatanah di LSM pada masa hadapan.
Pages: 361
Call Number: TD367.C485 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penilaian kuantitatif kesan iklim dan perubahan gunatanah ke atas hidrologi dan kualiti air di lembangan Sungai Muar.pdf
  Restricted Access
Partial975.2 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.